Page 10 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 10

RBT PT3  Tingkatan 1  Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
                Komponen sistem fertigasi komersial

                  Tangki nutrien
                  •  Tangki ini berfungsi untuk menakung larutan baja.
                  •  Larutan baja dialir ke sistem pengairan sama ada menggunakan pam atau secara
                    tarikan graviti.
                  •  Kaedah tarikan graviti biasanya dilakukan di kawasan yang tiada bekalan elektrik
                    atau tanah tinggi yang berhampiran dengan kebun.

                                                                                                     1
                  Pam air
                  •  Pam air digunakan untuk mengalirkan larutan baja dari tangki nutrien ke sistem
                    pengairan.
                  •  Pemilihan pam perlu disesuaikan dengan keluasan kawasan, jumlah tanaman, dan
                    tekanan yang diperlukan.


                  Set penitis
                  •  Salah satu nipple dimasukkan ke dalam lubang paip yang telah ditebuk dan lagi
                    satu hujung disambung kepada tiub mikro 4mm.
                  •  Tiub mikro menyambung nipple kepada penitis.
                  •  Penitis akan diletakkan atau dipacak pada tanah dalam bekas tanaman berdekatan
                    dengan pangkal tanaman.


                  Penapis
                  •  Dipasang selepas pam air untuk menapis benda asing daripada masuk ke dalam
                    sistem pengairan.
                  •  Penitis perlu dibersih kerap supaya pengaliran larutan baja berkesan tanpa
                    tersumbat.


                  Alat pengatur masa (Timer)
                  •  Digunakan untuk memastikan pemberian larutan baja dapat dilakukan pada masa,
                    kekerapan, dan kuantiti yang telah ditetapkan.


                  Paip ladang
                  •  Terbahagi kepada paip utama, paip sekunder, dan paip tertier.
                  •  Paip utama dan paip sekunder diperbuat daripada PVC dan bersaiz 32 mm – 40 mm.
                  •  Paip tertier diperbuat daripada paip poli dan bersaiz 16mm – 20 mm.
                  •  Paip utama digunakan bagi penghantaran air dan nutrien dengan kapasiti yang
                    tinggi dari pam ke kawasan penanaman.
                  •  Paip sekunder (pembahagi) digunakan untuk membahagi penghantaran air dan
                    nutrien dari paip utama ke baris tanaman.
                  •  Paip tertier digunakan untuk mengalirkan air dan nutrien dari paip sekunder ke
                    media tanaman.


 58                                                                                            59
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15