Page 11 - Ranger PT3 Reka Bentuk Teknologi 2020
P. 11
RBT PT3 Tingkatan 1 Bab 5 Aplikasi Teknologi (5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi)
Bekalan elektrik
• Bekalan elektrik penting dalam sistem fertigasi untuk membekalkan kuasa
elektrik ke pam air.
Sumber air
• Sumber air yang berkualiti dan mencukupi diperlukan untuk sistem fertigasi.
• Sumber air yang boleh digunakan adalah dari sungai, kolam, tasik atau telaga.
• PH air perlu dalam keadaan pH 5.5 – 5.6.
• Air perlu bebas dari kotoran dan pencemaran bahan-bahan kimia.
• PH meter digunakan untuk mengukur keasidan atau kealkalian air.
Keperluan asas
1
Tangki larutan baja
• Dua tangki larutan baja yang diperlukan untuk menyediakan baja fertigasi.
Larutan stok baja
• Terdapat dua jenis baja A dan baja B yang digunakan dalam sistem fertigasi.
• Kedua-dua baja perlu dilarutkan mengikut sukatan terlebih dahulu.
Biji benih
• Biji benih yang dipilih hendaklah subur, baik, berkualiti, dan bebas daripada
sebarang penyakit dan perosak.
• Biji benih hibrid boleh digunakan kerana peratus percambahan yang tinggi dan
pertumbuhan seragam.
Media tanaman
• Media tanaman merupakan komponen asas yang sangat penting untuk memulakan
sesuatu penanaman.
• Media tanaman yang digunakan dalam sistem fertigasi ialah coco peat, sekam
padi, dan peat moss.
• Sekam padi dihasilkan daripada kulit biji padi yang telah dikisar.
• Coca peat berasal daripada sabut kelapa yang dikisar secara halus manakala peat
moss merupakan bahan reput dan bahan mati hasil gabungan beberapa komponen
seperti lumut, pokok renek, rumput, dan lain-lain.
60 61

