Page 35 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 35
Sains PT3 Bab 5 Termokimia
Contoh Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik dalam Kehidupan Harian.
Jadual 5.1
Tindak balas eksotermik Tindak balas endotermik
• Proses pembakaran bahan api dalam oksigen • Proses fotosintesis
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
• Proses respirasi • Membuat kek
• Proses peneutralan asid dan alkali • Proses peleburan logam
• Pelarutan garam-garam seperti ammonium
klorida, ammonium nitrat dan natrium
hidrogen karbonat dalam air
Aplikasi Kehidupan Harian yang Menggunakan Konsep Tindak Balas Eksotermik
dan Endotermik
1. Pek panas segera dan pek sejuk segera adalah antara aplikasi termokimia dalam
kehidupan harian.
Pek Panas Segera
Pek panas segera digunakan untuk melegakan
kekejangan. Pek panas membebaskan haba ke
persekitarannya. Haba yang dibebaskan ini dapat
menambah saiz lumen dalam kapilari darah supaya
kadar peredaran darah meningkat. Keadaan ini
dapat melegakan masalah kekejangan otot.
Pek Sejuk Segera
Pek sejuk segera digunakan untuk
mengurangkan kesan bengkak atau
luka. Pek sejuk menyerap haba dari
persekitaran. Haba yang diserap dapat
mengurangkan bengkak kerana haba
disingkirkan daripada keradangan tisu
atau otot. Saiz lumen dalam kapilari darah
dikurangkan supaya kadar peredaran darah
menurun. Keadaan ini dapat membantu
menghentikan pendarahan.
3
Kuiz
Kuiz
Kuiz
Kuiz
Tindak balas berlaku di
dalam pek sejuk manakala tindak balas
berlaku di dalam pek panas.
3
278 279
05 Ranger sains PT3 Bab 5 Ting.3.indd 279 01/04/2022 9:20 AM

