Page 34 - Ranger PT3 2022 Sains
P. 34

Sains PT3  Bab 5  Termokimia

                   5.1    Tindak Balas Endotermik dan Eksotermik


                 1.  Tindak balas kimia berdasarkan perubahan haba boleh dibahagikan kepada dua jenis,
             Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                    iaitu tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik.
                                   Endotermik                          Eksotermik
                      •  Tindak balas endotermik ialah tindak   •  Tindak balas eksotermik ialah tindak
                        balas yang menyerap haba dari       balas yang membebaskan tenaga haba
                        persekitaran.                       ke persekitaran.
                      •  Semasa tindak balas endotermik berlaku,  •  Semasa tindak balas eksotermik berlaku,
                        suhu persekitaran menurun.          suhu persekitaran meningkat.
                      •  Memutuskan ikatan kimia.         •  Membentuk ikatan kimia










                                     Rajah 5.1  Tindak balas endotermik dan eksotermik
                 2.  Alat pengukur yang digunakan untuk mengenal pasti tindak balas eksotermik dan
                    tindak balas endotermik ialah termometer.
                 3.  Eksperimen di bawah dijalankan bertujuan membandingkan dan membezakan antara
                    tindak balas eksotermik dengan tindak balas endotermik.

                                          Termometer                         Termometer
                         Spatula                           Spatula
                         Natrium                          Ammonium
                         hidroksida                       klorida
                                          Cawan polisterina                  Cawan polisterina
                           Asid                            Asid hidroklorik
                           hidroklorik cair                cair
                                      A                                  B
                     (a)  Satu sudu natrium hidroksida dimasukkan ke dalam cawan polisterina A
                         yang berisi asid hidroklorik cair. Satu sudu ammonium klorida dimasukkan
                         ke dalam cawan polisterina B yang berisi asid hidroklorik cair.
                     (b)  Selepas 3 minit, didapati:
                         (i)  Suhu campuran dalam cawan polisterina A meningkat.
                         (ii)  Suhu campuran dalam cawan polisterina B menurun.
                     (c)  Tindak balas eksotermik berlaku apabila haba dibebaskan ke persekitaran.
                         Selepas bertindak balas, bahan di dalam cawan polisterina menjadi panas dan
                         termometer menunjukkan peningkatan suhu.                                                                                                                                      3
                     (d)  Tindak balas endotermik berlaku apabila haba diserap dari persekitaran.
                         Selepas bertindak balas, bahan di dalam cawan polisterina sejuk dan
                         termometer menunjukkan penurunan suhu.
                     (e)  Cawan polisterina digunakan dalam eksperimen ini untuk mengelakkan kehilangan
         3
                         haba ke persekitaran kerana ianya merupakan penebat haba yang baik.
                                                    278                                                                                                279






         05 Ranger sains PT3 Bab 5 Ting.3.indd   278                                        01/04/2022   9:20 AM
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38