Page 67 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 67
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
BAB
1
1 Pengukuhan institusi beraja di Eropah dan Asia membawa kepada perubahan atau perkembangan masyarakat
daripada masyarakat feudal kepada masyarakat agraria, berubah kepada masyarakat maritim, dan akhirnya
kepada masyarakat industri.
2 Proses perubahan masyarakat di Eropah dan Asia ini menjelaskan bahawa di sebalik institusi politik feudal,
masyarakat membangunkan sistem ekonomi berasaskan pertanian, perladangan, perdagangan, perindustrian,
dan membawa kepada perluasan empayar.
3 Perkembangan masyarakat dalam ekonomi di Eropah membawa kepada pelaksanaan imperialisme ke atas
negara Asia Timur dan Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan hasil barangan
perkilangan. Keadaan ini memberi kesan yang besar terhadap masyarakat di Asia Timur dan Asia Tenggara.
4 China dan Jepun yang mengamalkan institusi feudal berasaskan ekonomi tanah telah berubah kepada kuasa
ekonomi yang menarik minat pelayar dan pedagang Eropah untuk berdagang di China dan Jepun.
5 Namun, Jepun dapat mengatasi China dalam pelbagai bidang pembuatan. Kewujudan kerangka feudal di
Jepun tidak menghalang masyarakat Jepun melonjak dalam bidang perdagangan dan melalui fasa modenisasi
seperti yang berlaku di Eropah.
PRAKTIS STPM
1 Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke-16
hingga ke-17. [20]
2 Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17. [20]
3 Bincangkan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17. [20]
4 Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19. [20]
5 Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri yang wujud di England pada abad ke-18 hingga abad
ke-19. [20]
65
Bab 01 65 3/27/18 11:33 AM

