Page 62 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 62

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                          (d)  Penanaman bijirin di kawasan timur laut, khasnya jagung dan ubi
        BAB                                   kentang serta diselangi dengan ternakan binatang seperti lembu
                                              telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi Jerman.
       1
                                       2  Masyarakat perindustrian
                                          (a)  Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di
                                              Saxony dan Silesia barat Jerman.
                                              (i)  Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun
                                                  1860 dan tahun 1870.
                                              (ii)  Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada
                                                  tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
                                              (iii)  Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
                                                  mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan
                                                  peralatan besi.
                                              (iv)  Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran
                                                  di Istana Crystal, London. Dalam pameran tersebut, Syarikat
                                                  Krupp telah mempamerkan gerabak kereta api yang terkini
                                                  dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara
                                                  Jerman yang terbaik.
                                              (v)  Hasilnya, permintaan kereta api dari Jerman meningkat dan
                                                  membawa peningkatan pekerja dari hanya 250 orang sahaja
                                                  pada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1873.
                                          (b)  Kemajuan dalam industri kulit.
                                              (i)  Antara tahun 1870 dan tahun 1914, Jerman telah mengambil
                                                  alih tempat England dalam industri kulit.
                                              (ii)  Kesan perkembangan industri kulit di Jerman ini menyebabkan
                                                  perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang
                                                  mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,
                                                  kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.
                                          (c)  Pada pertengahan tahun 1830-an, pembangunan industri tekstil
                                              berlaku di Jerman.
                                              (i)  Pembangunan ini bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan
                                                  Silesia.
                                              (ii)  Seterusnya, bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin yang
                                                  meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
              Foto 1.34 Industri tekstil
                                          (d)  Seterusnya ciptaan-ciptaan baharu berkembang di Jerman.
                                              (i)  Misalnya, inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin
                                                  menyebabkan pengeluaran keluli meningkat pada tahun 1886
                                                  daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta.
                                              (ii)  Ciptaan Siemens menyebabkan firmanya terkenal dalam bidang
                                                  kejuruteraan elektrik.
                                              (iii)  Syarikat kimia dan elektrik Jerman pada peringkat awal
                                                  merupakan perintis dalam membangunkan perusahaan kimia.
                                              (iv)  Syarikat tersebut telah membina makmal penyelidikan
                                                  perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik
                                                  yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan, serta uji kaji.
                                              (v)  Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan hasilnya

           Foto 1.35 Perusahaan kimia di          Jerman telah memimpin dunia dalam industri kimia dan
           Jerman                                 elektrik.


            60






      Bab 01   60                                                                                    3/27/18   11:33 AM
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67