Page 66 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 66
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(iii) Rang undang-undang tersebut membolehkan kerajaan
BAB menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan,
penerbitan, dan sesiapa yang melanggar undang-undang
1
tersebut dari berada dalam daerah-daerah tertentu.
(iv) Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah
yang difikirkan ‘terancam’ serta menarik balik lesen penerbitan,
pencetakan, dan pengedaran.
(v) Dalam jangka masa 12 tahun undang-undang ini dilaksanakan
(1878 – 1890), seramai 900 orang telah disingkirkan dari rumah
mereka dan seramai 1 500 orang telah dipenjarakan.
(f) Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank
Jerman.
(i) Kesemuanya dikawal oleh pengurusan profesional yang lebih
kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran
dan penghormatan kenaikan pangkat dalam masyarakat
perdagangan daripada kepentingan individualistik dan
kewangan.
(ii) Hal ini dapat dilihat apabila kakitangan awam mentadbir jalan
kereta api, lombong, telegraf, dan perkhidmatan telefon di
Jerman.
(g) Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.
(i) Jerman dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata
di Eropah.
Layari laman web berikut (ii) Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke
untuk maklumat tentang
ketenteraan di Jerman: atas Perancis pada tahun 1870 hingga tahun 1871 menyebabkan
• http://en.wikipedia.org/ semua negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.
wiki/German_military_ (h) Kegagalan golongan liberal memanfaatkan kesepakatan mereka
history
dengan Bismarck dalam kes tarif telah membawa perubahan besar
dalam dasar ekonomi pasaran bebas di Jerman.
(i) Sebelum tahun 1877, Bismarck mengamalkan dasar ekonomi
pasaran bebas walaupun dasar ini tidak disukai oleh segolongan
INFO
tuan tanah dan pengusaha industri yang mengalami tekanan
ekonomi akibat saingan daripada negara asing.
(ii) Misalnya, sebelum tahun 1877, golongan bangsawan (junker)
Jerman merupakan pengeksport bijirin yang utama di Jerman
dan pelaksanaan dasar ekonomi bebas telah membawa
keuntungan kepada junker.
(iii) Tetapi pada tahun 1870-an, Jerman mengalami kekurangan
bijirin dalam negara sendiri dan pemansuhan dasar ekonomi
bebas akan melindungi pasaran bijirin Jerman serta melindungi
industri Jerman daripada saingan barangan import dari
England.
(iv) Oleh yang demikian, pada tahun 1879, Bismarck telah
memperkenalkan Undang-undang Tarif. (Qasim Ahmad, 2003:
121)
64
Bab 01 64 3/27/18 11:33 AM

