Page 63 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 63
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Kemajuan sistem pengangkutan
(a) Kesan besar perubahan pembangunan industri selepas tahun 1870 BAB
ialah penggantian bahan dari besi kepada keluli. Jerman telah 1
mengeluarkan sebanyak 125 000 tan keluli pada tahun 1860.
(b) Pertambahan pengeluaran ini membawa kepada perkembangan
pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan
kereta api. Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870
dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta
api di Jerman.
4 Perluasan perdagangan antarabangsa
(a) Sehingga tahun 1880-an, Otto von Bismarck tidak berminat untuk
mendapatkan tanah jajahan bagi negara Jerman.
(i) Bismarck menganggap Jerman sebagai kuasa Eropah yang
tidak memerlukan wilayah luar dalam membangunkan negara
Jerman.
(ii) Dalam ucapannya, Bismarck menyatakan bahawa Jerman
adalah ‘negara yang megah’.
(iii) Namun, Bismarck mendapat tekanan daripada Liga Koloni
Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli
perniagaan dan penjelajah Jerman. Foto 1.36 Otto von Bismarck
(iv) Pertubuhan tersebut menekan Bismarck supaya meluaskan
tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan
meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.
(v) Hal ini adalah kerana pada tahun 1870-an, berlaku
perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman
yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam memasarkan pasaran dan
mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
(vi) Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8
peratus dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
(b) Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan
perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884.
(i) Persidangan kuasa-kuasa besar ini adalah untuk menentukan
lingkungan pengaruh di Afrika dan menyelesaikan soal-soal Dapatkan maklumat lanjut
perdagangan. tentang empayar Jerman
(ii) Hasilnya, pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil dalam laman web berikut:
• http://en.wikipedia.org/
alih bahagian barat daya Afrika, Togoland, dan Cameron. wiki/German_empire
(iii) Seterusnya, menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
(c) Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah
jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New
Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada INFO
tahun 1884.
(d) Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan
dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan
pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
(i) Jerman telah mengugut kerajaan China dengan menggunakan
alasan pembunuhan dua orang paderi Jerman di Wilayah
Shantung untuk mengadakan perjanjian dengan China.
61
Bab 01 61 3/27/18 11:33 AM

