Page 27 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 27

Bahasa Melayu  Ting. 3  Praktis 4  Penulisan


                Bahagian    B   KARANGAN RESPONS TERBUKA

                  Panduan  Menjawab  Soalan  Karangan Respons Terbuka

               Memilih Soalan
                 1.  Baca semua soalan yang dikemukakan.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                 2.  Kenal pasti tema atau isu yang dikehendaki.
                 3.  Kenal pasti format karangan yang diperlukan.
                 4.  Ketepikan soalan-soalan yang sukar.
                 5.  Pilih  soalan  yang  tema  atau  isunya  dikuasai  oleh  murid  serta  murid  berupaya  untuk
                   mengembangkan isi dengan huraian dan contoh yang mantap.

               Membina Rangka Karangan
                 1.  Rangka karangan sangat penting kerana dapat membantu murid menulis karangan dengan lancar.
                 2.  Rangka karangan juga dapat mengelakkan murid daripada menulis isi dan huraian yang berulang.
                 3.  Rangka karangan yang dibina hendaklah ringkas dan lengkap dengan penggunaan kata dan frasa.
                 4.  Rangka  karangan  ini  hendaklah  mempunyai  tiga  komponen,  iaitu  pendahuluan,  isi-isi
                   (perkembangan), dan penutup.
               Menulis Karangan
                 1.  Karangan  yang  lengkap  bermula  dengan  pendahuluan,  diikuti  isi-isi  (perkembangan),  dan
                   diakhiri dengan penutup.
                 2.  Murid perlu menulis karangan dalam bentuk perenggan.
                   (a)  Perenggan pendahuluan:
                       •  Murid perlu membuat gambaran secara umum tentang tajuk.
                       •  Pendahuluan hendaklah ditulis secara ringkas.
                   (b)  Perenggan isi (perkembangan):
                       •  Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan yang diikuti oleh huraian dan contoh.
                       •  Elakkan daripada mencampuradukkan beberapa isi dalam satu perenggan.
                       •  Setiap perenggan isi perlu mempunyai kesinambungan untuk memperlihatkan kesatuan
                         idea yang utuh dan mantap.
                   (c)  Perenggan penutup:
                       •  Murid  perlu  merumuskan  pendirian  atau  pendapat  tentang  tajuk  karangan  yang
                         dibincangkan.
                       •  Murid tidak perlu mengulangi isi dalam bahagian penutup, sebaliknya menyentuh secara
                         umum sahaja.


              KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

                  Panduan  Menjawab  Karangan  Surat  Kiriman Rasmi

                 1.  Surat  kiriman  rasmi  ditulis  kepada  pihak  tertentu  seperti  pengurus  syarikat,  ketua  jabatan,
                   pemimpin, pengetua, dan guru.
                 2.  Surat kiriman rasmi ditulis untuk tujuan rasmi seperti membuat permohonan, aduan, cadangan,
                   rayuan, pesanan, dan pemberitahuan.
                 3.  Surat kiriman rasmi mestilah ditulis dengan menggunakan bahasa baku.



              © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               70






         04 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd   70                                                 17/02/2022   8:24 AM
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32