Page 32 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 32

Bahasa Melayu  Ting. 3  Praktis 4  Penulisan


                  Menjelang  malam Tahun  Baharu  Cina,  acara  makan  besar  yang  melibatkan  semua  ahli  keluarga
                  diadakan.  Tujuan makan  besar adalah  untuk mengeratkan  hubungan kekeluargaan  mereka.
                  Membakar mercun, makan buah limau dan kuih bakul, persembahan tarian singa, serta pemberian
                  angpau merupakan lambang perayaan Tahun Baharu Cina.

                      Seterusnya, saya akan menerangkan  perayaan  masyarakat  India,  iaitu  Deepavali  atau  Pesta
                  Cahaya.



                                                                                                         .

                  Oleh  sebab  itu,  masyarakat  India  memasang  pelita  di  samping  melukis  kolam  di  pintu  rumah
                  mereka. Kolam ialah lukisan yang dihasilkan daripada beras, tepung, kerisik kelapa, dan sagu yang
                  diwarnakan sebagai lambang penyembahan Dewa Lakshmi, iaitu dewa kekayaan bagi masyarakat
                  India.
                  Saudari,






                                                                                                         .

                                                                                            Sahabatmu,
                                                                                             Qaleesya
                    Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

                 KARANGAN JENIS UCAPAN/ SYARAHAN/ CERAMAH


                    Panduan  Menjawab  Karangan  Ucapan/ Syarahan/ Ceramah
                    1.  Ucapan ditulis untuk menyatakan rasa terima kasih dan mengalu-alukan atau meraikan seseorang
                      atau tetamu undangan dalam sesuatu majlis seperti majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis
                      keraian, majlis pelantikan, dan perhimpunan.
                    2.  Syarahan  pula  ditulis  untuk  menyampaikan  buah  fikiran  tertentu  tentang  sesuatu  topik  dan
                      biasanya disampaikan dalam bentuk pertandingan.
                    3.  Ceramah  mempunyai  tujuan  spesifik  dan  disampaikan  oleh  penceramah  yang  mempunyai
                      kepakaran khusus dalam bidang tertentu.
                    4.  Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, dan baku.
                    5.  Ungkapan menarik dan peribahasa amat digalakkan untuk mewarnai karangan dan menjadikan
                      karangan lebih menarik.
                    6.  Syarahan, ceramah, dan ucapan merupakan karangan berformat khusus, iaitu:
                      (a)  Pendahuluan  –  dimulakan  dengan  kata  alu-aluan  kepada  hadirin  mengikut  tingkat
                          kedudukan
                      (b)  Kata-kata penghadapan – ditulis secara berselang-seli antara satu atau dua perenggan
                      (c)   Isi-isi – terdiri daripada beberapa perenggan mengikut keutamaan
                      (d)  Penutup  –  merupakan  kesimpulan  menyeluruh  bagi  isi-isi  yang  dinyatakan  serta  ucapan
                          terima kasih



                                                             75                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         04 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd   75                                                 17/02/2022   8:24 AM
   27   28   29   30   31   32   33   34   35