Page 28 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 28

Bahasa Melayu  Ting. 3  Praktis 4  Penulisan

                    4.  Penggunaan bahasa kiasan atau berbunga-bunga dan singkatan perkataan tidak dibenarkan.
                    5.  Surat kiriman rasmi mempunyai format khusus yang mesti dipatuhi, iaitu:
                      (a)  Alamat penuh pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
                      (b)  Garis panjang melintang di bawah alamat pengirim.
                      (c)   Nama  atau  jawatan  penerima  (jika  ada)  dan  alamat  penuh  penerima  ditulis  di  bawah
                          garisan melintang. Garisi alamat terakhir penerima.
                  Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
                      (d)  Tarikh ditulis di sebelah kanan surat dan sebaris dengan alamat terakhir penerima. Nama
                          bulan ditulis dengan huruf besar. Bubuh tanda noktah selepas tahun.
                      (e)  Selang satu baris, tulis panggilan hormat penerima seperti Dato’, Datin, Tuan, dan Puan di
                          bawah alamat terakhir penerima. Bubuh tanda koma di hujung panggilan hormat penerima.
                      (f)   Selang  satu  baris,  tulis  perkara  dalam  huruf  besar  bagi  setiap  awal  perkataan  dan  garis
                          perkara tersebut.
                      (g)  Mulakan perenggan pertama dan perenggan terakhir dari tepi surat. Bagi perenggan kedua
                          dan perenggan-perenggan lain, berikan nombor.
                      (h)  Selangkan tiga baris dari perenggan terakhir. Tulis pengakuan pengirim di sebelah kiri seperti
                          Yang benar dan Yang menurut perintah. Bubuh tanda koma di akhir pengakuan pengirim.
                      (i)  Bubuh tandatangan pengirim di bawah pengakuan tersebut.
                      (j)   Tulis nama penuh pengirim dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tandatangan.
                          Tulis jawatan dan persatuan yang diwakili oleh pengirim (jika ada) di bawah namanya.






                 LATIHAN 1
                Jalan raya di kawasan perumahan anda berlubang-lubang dan rosak. Sebagai wakil persatuan
                penduduk, anda diminta untuk menulis sepucuk surat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk
                memaklumkan keadaan jalan raya tersebut di samping memohon kerja-kerja pembaikan dijalankan
                dengan secepat mungkin. Tulis surat aduan tersebut selengkapnya. Berdasarkan maklumat-maklumat
                yang diberikan di bawah ini, lengkapkan surat tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak
                kurang daripada 180 patah perkataan.


                  Isi-isi relevan:
                  •  jalan raya ini berlubang-lubang dan rosak – mendatangkan bahaya kepada pengguna – basikal
                    dan motosikal – kenderaan berat yang keluar masuk
                  •  sudah berlarutan hampir tiga bulan – membimbangkan penduduk – beberapa kemalangan telah
                    berlaku
                  •  musim hujan – memburukkan keadaan – lubang-lubang di atas jalan raya itu telah ditakungi
                    air – tidak menyedari kewujudan lubang atau lopak air tersebut – kemalangan
                  •  berharap agar aduan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya – kerja-kerja
                    pembaikan jalan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera – mengelakkan kejadian yang lebih
                    buruk






                                                             71                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         04 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd   71                                                 17/02/2022   8:24 AM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33