Page 30 - Praktis Hebat PT3 2022 - Tg 3 Bahasa Melayu
P. 30
Bahasa Melayu Ting. 3 Praktis 4 Penulisan
5. Saya amat berharap agar
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Abdul Halim
(ABDUL HALIM BIN OMAR)
Setiausaha,
Persatuan Penduduk Taman Dahlia.
KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
Panduan Menjawab Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi
1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis untuk tujuan tidak rasmi atau bersifat peribadi dan ditulis
kepada individu yang rapat dengan pengirim seperti anggota keluarga, saudara-mara, dan rakan.
2. Surat kiriman tidak rasmi ditulis untuk bertanyakan khabar, mengucapkan tahniah atau takziah,
memberikan nasihat, memohon maaf, berkongsi pengalaman, dan sebagainya.
3. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, tepat, padat, dan baku.
4. Ungkapan menarik dan bahasa kiasan amat digalakkan bagi menjadikan karangan lebih menarik.
5. Surat kiriman tidak rasmi mempunyai format khusus yang mesti dipatuhi, iaitu:
(a) Alamat pengirim ditulis di sudut kanan bahagian atas surat.
(b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
(c) Pada bahagian awal surat, biasanya ditulis dengan ucapan bertanyakan khabar dan harapan
terhadap kesihatan mereka.
(d) Gunakanlah kata panggilan seperti dalam penulisan surat seperti ayahanda, bonda, kakanda,
adinda, nenda, saudara, dan saudari.
(e) Isi dan penutup ditulis seperti karangan biasa, iaitu tidak perlu dinomborkan.
(f) Pengakuan pengirim dan tandatangan ditulis di sebelah kanan bawah surat.
73 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
04 PRAKTIS HEBAT PT3 BM TG.3 (2022).indd 73 17/02/2022 8:24 AM

