Page 33 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 33

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                BAHAGIAN B

               Jawab semua soalan.


               11  Dakacort Berhad merupakan salah satu syarikat terkenal dalam pengilangan barang farmaseutikal.
               Syarikat ini sentiasa memberi penekanan terhadap kualiti dalam produknya.
                   Syarikat ini telah berkembang sehingga menghasilkan lebih daripada 200 jenis barangan farmaseutikal
               dalam masa 20 tahun yang lalu. Antara produknya termasuklah suplemen kesihatan dan barangan
               pengguna.
                   Syarikat ini juga percaya bahawa di Malaysia tiada syarikat lain yang dapat menandingi kelebihannya   BAB
               dalam inovasi produk. Dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan pengguna, Dakacort Berhad
               telah memperuntukkan suatu peratusan daripada hasilnya untuk melakukan usaha penyelidikan dan   2
               pembangunan setiap tahun. Dakacort Berhad juga mempunyai kekuatan kakitangan yang terbesar
               di Malaysia iaitu sebanyak 30 saintis dan eksekutif makmal yang sentiasa berusaha gigih untuk
               membangunkan produk-produk farmaseutikal yang baharu.
                   Syarikat  ini  telah  berjaya  melancarkan  10  produk  baharu  pada  setiap  tahun.  Pelaburan  dalam
               penyelidikan dan pembangunan membolehkan syarikat ini bersaing dengan lebih kompetitif.


                   Berdasarkan kes di atas,
                   (a)  jelaskan maksud kualiti dan berikan empat kepentingan kualiti kepada syarikat ini.   [10]

                   (b)  bagaimanakah usaha penyelidikan dan pembangunan dapat membantu Dakacort Berhad dalam
                       memajukan perniagaannya?                                                        [8]

                   (c)  jelaskan dua kaedah kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh Dakacort Berhad.   [10]




               Jawab satu soalan sahaja, sama ada 12 atau 13.

                12  Huraikan tiga jenis kaedah pengeluaran.                                           [12]

                   ATAU

                13  Jelaskan maksud JIT dan berikan lima ciri JIT.                                   [12]






















                                                                                                       55




       02 PraU Pnigan P1.indd   55                                                                     4/4/18   11:38 AM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38