Page 30 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 30
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
3 Kebaikan CAD dan CAM:
(a) CAD memendekkan masa untuk mereka bentuk produk yang
baharu.
(b) CAD memudahkan penyemakan dan pengubahsuaian
dilakukan kerana reka bentuk sesuatu produk disimpan dalam
Apakah kaitan antara CAD satu pangkalan data untuk rujukan.
dengan CAM?
(c) CAD membaiki teknologi pengeluaran dan meningkatkan
produktiviti.
(d) CAM dapat mengurangkan penggunaan tenaga buruh
untuk menjalankan proses pengeluaran kerana robot boleh
BAB digunakan.
2 (e) Menjamin kualiti produk dan meningkatkan keuntungan
perniagaan.
Pembuatan Berbantu Komputer Bersepadu (CIM)
1 CIM (computer integrated manufacturing) ialah penggunaan
komputer untuk mengawal robot dan juga pengaliran bahan dan
bekalan dalam proses pengeluaran barang. Ia juga dikenali sebagai
penggabungan semua pengeluaran yang berkaitan dengan aktiviti
perniagaan melalui sistem komputer.
2 Ia merupakan gabungan antara CAD dengan CAM.
3 Kebaikan CIM ialah memberikan firma kelebihan dalam persaingan
dengan bergantung pada kepantasan, fleksibel, kualiti, dan kos yang
rendah.
Sistem Pembuatan Luwes (Flexible Manufacturing System)
Sistem Pembuatan Luwes
– satu sistem yang terdiri
daripada beberapa komputer 1 Sistem Pembuatan Luwes ialah satu sistem automasi yang terdiri
yang mengawal mesin dalam daripada beberapa komputer yang mengawal mesin-mesin
operasi pengeluaran.
pengeluaran secara automatik.
2 Komputer-komputer tersebut dikawal oleh satu komputer pusat
yang berfungsi untuk menyelaraskan operasi pengeluaran secara
keseluruhan.
3 Terdapat satu sistem pengangkutan automatik yang akan
menggerakkan bahan mentah antara mesin dari beberapa stesen
kerja (work stations).
52
02 PraU Pnigan P1.indd 52 4/4/18 11:38 AM

