Page 31 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 31

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                 4  Contohnya, menggunakan robot, kenderaan automatif, dan mesin
                   alih untuk menggerakkan bahan mentah dari satu stesen kerja ke
                   stesen kerja yang lain.                                         Jelaskan kebaikan penggunaan
                                                                                   Sistem Pembuatan Luwes.
                 5  Sistem  Pembuatan  Luwes  ini  mampu  mengeluarkan  pelbagai
                   produk yang berkualiti secara konsisten. Selain itu, masa penyediaan
                   dan kos buruh dapat dijimatkan kerana tidak memerlukan ramai
                   tenaga kerja.

                 6  Namun begitu, penggunaan sistem ini memerlukan perbelanjaan
                   modal yang besar kerana peralatan dan mesin yang digunakan
                   adalah mahal. Sistem ini juga memerlukan perancangan yang rapi                             BAB
                   kerana adalah rumit untuk disediakan (set up).                                            2







               Rumusan



                 1  Pengeluaran ialah proses mengubah input kepada output dengan menambahkan nilainya melibatkan aktiviti
                   memproses bahan mentah kepada barang siap dan separuh siap.

                 2  Proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi, dan output.
                 3  Reka bentuk pengeluaran meliputi simplification, standardization, dan modular.
                 4  Jenis-jenis pengeluaran terdiri daripada jenis mengikut tempahan, secara massa, dan secara berkelompok.

                 5  Terdapat empat jenis susun atur kilang, iaitu susun atur secara tetap, proses, produk, dan selular.
                 6  Kawalan kualiti ialah proses semakan produk atau perkhidmatan untuk memastikan ia mematuhi standard
                   tertentu.

                 7  Antara alat kawalan kualiti ialah kawalan proses secara statistik (SPC), analisis nilai tambah, carta kawalan,
                   kajian kualiti/kos, pasukan penambahbaikan kualiti, dan penanda aras (benchmarking).

                 8  Kaedah pengurusan inventori ialah EOQ, ROP, dan JIT.
                 9  Pengurusan  Kualiti  Menyeluruh  (TQM)  ialah  proses  pengurusan  kualiti  menyeluruh  yang  berorientasikan
                   pelanggan, berjalan secara berterusan, dan melibatkan semua aspek dalam organisasi.

                10  Konsep-konsep sistem pengeluaran termasuk merekayasa, CAD/CAM, CIM, dan Sistem Pembuatan Luwes.



















                                                                                                       53




       02 PraU Pnigan P1.indd   53                                                                     4/4/18   11:38 AM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36