Page 28 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 28

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

              Galeri Info                  3  Latar belakang TQM:
                                             (a)  Konsep TQM telah mula diperkenalkan di Amerika Syarikat
             TQM mula diperkenalkan              oleh W.A. Shewhart sejak tahun 1920-an lagi apabila carta
             pada tahun 1920-an dan mula
             digunakan dalam pengawalan          kawalan  statistik  digunakan  untuk  mengawal  kualiti  proses
             kilang-kilang di Amerika            pengeluaran di kilang-kilang.
             Syarikat.
                                             (b)  Konsep ini kemudian telah dibawa ke Jepun dan mendapat
                                                 sambutan dalam kalangan pengurus Jepun untuk
                                                 membangunkan industri mereka selepas Perang Dunia Kedua.
             Prinsip-prinsip TQM:
             •  Proses penambahbaikan        (c)  Mulai tahun 1980-an, konsep TQM mula berkembang pesat
               kualiti yang berterusan           di  seluruh  dunia  setelah  terbukti  dapat  membantu  ke  arah
             •  Pengurusan kualiti
          BAB  menyeluruh                        kecemerlangan prestasi organisasi melalui penjimatan kos,
             •  Mengutamakan tindakan            peningkatan kecekapan operasi, dan menghasilkan produk
        2      strategik                         yang menepati kehendak pelanggan.
             •  Kecacatan sifar              (d)  Konsep ini telah diamalkan dengan jayanya oleh Toyota Motors
             •  Menekankan tindakan
               pencegahan                        di Jepun.
             •  Memfokuskan kepada
               pelanggan                   4  Prinsip-prinsip TQM:
             •  Pendekatan kerja             (a)  Proses penambahbaikan kualiti yang berterusan melalui
               berpasukan.
                                                 semakan dan pemantauan proses kualiti.
                                             (b)  Penglibatan menyeluruh dalam organisasi para pekerja
                                                 dan pengurus bekerjasama untuk menjayakan usaha-usaha
                                                 peningkatan kualiti.
                          ’14                (c)  Pihak pengurusan memberi autoriti kepada pekerja untuk
                                                 membuat keputusan.
                                             (d)  Pihak pengurusan menjadi contoh amalan berkualiti kepada
                                                 pekerja.
                                             (e)  Menekankan tindakan pencegahan dengan memperbaiki
                                                 proses  kerja  supaya  kesilapan atau kecacatan  produk  dapat
                                                 dikawal.
                                             (f)  Memfokuskan kepada kehendak pelanggan agar dapat
                                                 memenuhi keperluan pelanggan.
                                             (g)  Menyelesaikan masalah secara sistematik supaya tidak
                                                 berterusan dan mengganggu operasi organisasi. Pendekatan
                                                 kerja berpasukan  daripada  pihak  pengurusan  dan pekerja
                                                 adalah penting untuk menyelesaikan masalah.

                                           5  Kebaikan TQM:
                     Pengenalan dan
                     Pelaksanaan             (a)  Peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan serta
                     Pengurusan                  produktiviti organisasi.
              INFO   Kualiti                 (b)  Peningkatan reputasi organisasi kerana mendapat keyakinan
                     Menyeluruh                  daripada pelanggan yang berpuas hati terhadap kualiti produk.
                     (TQM)
                                             (c)  Pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan
                                                 pengurusan organisasi.
                                             (d)  Peningkatan daya saing dan keupayaan menguasai pasaran
                                                 dengan lebih efektif.
                                             (e)  Komitmen dan kerjasama yang tinggi dalam kalangan
                                                 kakitangan untuk mencapai matlamat organisasi.





             50




       02 PraU Pnigan P1.indd   50                                                                     4/4/18   11:38 AM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33