Page 8 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 8

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

              3.1    Nasionalisme di Negara Kita Sebelum
                     Perang Dunia

             1.  Nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia tercetus daripada gerakan orang
               Melayu menentang campur tangan British.
             2.  Namun,  gerakan  awal  secara  terbuka  itu  mendapat  tindak  balas  keras  daripada
               British.

           Kesedaran Awal Nasionalisme
             1.  British  berusaha  menghalang  pengaruh  gerakan  Islam  dari  Timur
               Tengah sejak awal abad ke-20 dengan cara:.
               (a)  Memperkenalkan Enakmen Undang-undang Islam 1904.
                   •  Sesiapa mencetak dan mengedarkan tulisan berkaitan agama
     4
                     dan politik Islam tanpa izin sultan boleh dikenakan hukuman
                     penjara.
               (b)  Menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (Criminal Intelligence
                   Department) dan Biro  Siasatan Politik (Political Intelligence
                   Bereau).
                   •  Bertujuan untuk mengawal gerakan Islah Islamiah.
             2.  British berwaspada  terhadap  gerakan Pan-Islamisme dan sokongan orang  Melayu
               kepada empayar Uthmaniyah.
               (a)  Penentangan  Tok  Janggut  merupakan  kesedaran  politik  antarabangsa  yang
                   menggerakkan  penentangan  tempatan  dan  rentetan  kebangkitan  masyarakat
                   Islam sedunia terhadap penjajah Barat yang menakluki negara Islam.
               (b)  Kebangkitan  Tok  Janggut  dipengaruhi  oleh  penglibatan  empayar  Uthmaniyah
                   dalam Perang Dunia Pertama.
               (c)  Pemimpin negeri Melayu menyokong khalifah empayar Uthmaniyah yang dianggap
                   pelindung umat Islam serta penaung tanah suci Makkah dan Madinah.
               (d)  Kegagalan penentangan Tok Janggut menyebabkan masyarakat menyusun strategi
                   lain untuk menentang British.
             3.  Orang  Melayu  menggunakan  akhbar  dan  majalah  untuk  meniupkan  kesedaran
               kebangsaan. Namun, kesedaran politik tidak boleh dilakukan terang-terangan kerana
               sekatan undang-undang British seperti:
               (a)  Publishing and Book Enactment 1915
               (b)  The Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919


           PRAKTIS      FORMATIF  3.1


             1.  Mengapakah British membendung pengaruh empayar Uthmaniyah di negeri Melayu
                                     KBAT
               pada awal abad ke-20?  KBAT
             2.  Bagaimanakah pengaruh empayar Uthmaniyah tersebar di negeri Melayu?



                                                34




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   34                                                     02/07/2021   4:18 PM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13