Page 13 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 13

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
             Faktor Tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

               1.  Kemunculan ideologi baharu
                 (a)  Fasisme di Itali
                     (i)  Pada  tahun  1922,  gerakan  fasisme  pimpinan  Benito
                         Mussolini berjaya menguasai kerajaan Itali.
                     (ii)  Fasisme  menekankan  kepentingan  negara  melebihi
                         kepentingan  individu  dan  percaya  nasionalisme
                         melampau  termasuk  berperang  bagi  meningkatkan
                         imej negara.                                                            4
                     (iii)  Bagi memulihkan kemelesetan ekonomi, Itali meluaskan
                         tanah jajahan dengan  menguasai Habsyah (Ethiopia)
                         dan Albania.                                       Benito Mussolini
                 (b)  Nazisme di Jerman
                     (i)  Pada  tahun  1933,  gerakan  nazisme  pimpinan  Adolf
                         Hitler  berjaya  membentuk  kerajaan  di  Jerman.
                         Nazisme mengagungkan bangsa Jerman.
                     (ii)  Adolf  Hitler  berusaha  memulihkan  nasionalisme
                         Jerman  dengan  mengingkari  syarat    Perjanjian
                         Versailles.
                     (iii)  Beliau  membina  semula  angkatan  tentera  dan
                         menduduki Rhineland, wilayahnya yang hilang melalui
                         Perjanjian Versailles.                               Adolf Hitler
               2.  Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
                 (a)  Jerman menganggap Perjanjian Versailles tidak adil dan menjejaskan kedaulatan
                     negaranya.
                 (b)  Selain  kehilangan  tanah  jajahan,  pampasan  perang  yang  tinggi  perlu  dibayar
                     menyebabkan Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi.
                 (c)  Itali  juga  tidak  berpuas  hati  terhadap  Perjanjian  Versailles  kerana  tidak
                     diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland.
               3.  Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
                 (a)  Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan
                     menangani krisis pencerobohan selepas Perang Dunia Pertama.
                 (b)  Dunia terdedah kepada konflik yang akhirnya mencetuskan Perang Dunia Kedua.
                 (c)  Cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama ialah:

                         Krisis Manchuria   Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah
                         (1931 – 1933)      penguasaan China.

                         Perjanjian Pelucutan
                         Senjata            Jerman  keluar  daripada  Liga  Bangsa-Bangsa  dan
                          (1932 – 1934)     memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka.
                         Krisis Habsyah
                         (1935 – 1936)      Itali menyerang Habsyah di Afrika.



                                                  39




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   39                                                     02/07/2021   4:18 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18