Page 10 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 10
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
3. Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama
Pakatan Negara Anggota
• Jerman dan Austria-Hungary.
Kuasa Tengah • Disertai Bulgaria dan empayar Uthmaniyah.
Pakatan Bertiga • Britain, Perancis dan Rusia.
• Disokong Serbia, Itali, Romania, Portugal dan Greece.
4. Peristiwa Perang Dunia Pertama
Tarikh Peristiwa
4
28 Julai 1914 Austria-Hungary dengan sokongan Jerman mengisytiharkan
perang terhadap Serbia.
30 Julai 1914 Rusia memberikan bantuan ketenteraan untuk mempertahankan
Serbia.
1 Ogos 1914 Jerman mengisytiharkan perang terhadap Rusia.
3 Ogos 1914 Jerman mengisytiharkan perang terhadap Perancis yang
menyebelahi Rusia. Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang
Perancis.
4 Ogos 1914 Britain menyertai Rusia dan Perancis menyerang Jerman yang
menceroboh Belgium.
Oktober 1914 Empayar Uthmaniyah menyertai peperangan dan memihak kepada
Kuasa Tengah.
Mac 1915 Itali menyertai Perancis, Britain dan Rusia dalam Pakatan Bertiga.
April 1917 Amerika Syarikat menyertai peperangan dan memihak kepada
Pakatan Bertiga.
Berakhir Perang Dunia Pertama
1. Penglibatan Amerika Syarikat membawa kejayaan kepada Pakatan
Bertiga pada tahun 1918.
2. Jerman dipaksa menandatangani gencatan senjata.
3. Persidangan dan perjanjian damai diadakan selepas perang dan
meninggalkan kesan kepada negara Eropah.
4. Amerika Syarikat diiktiraf sebagai kuasa besar dunia selepas Perang
Dunia Pertama.
36
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 36 02/07/2021 4:18 PM

