Page 12 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 12
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
2. Kemunculan negara baharu
(a) Keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara Austria, Hungary,
Czechoslovakia dan Yugoslavia.
(b) Perpecahan empayar Rusia membawa penubuhan negara Poland, Estonia, Latvia
dan Lithuania.
(c) Perpecahan empayar Uthmaniyah menyebabkan muncul negara Lebanon, Syria
dan lraq.
3. Kesan terhadap negara kita
(a) Raja-raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong
dan memberikan taat setia kepada British.
(b) Undang-undang berkaitan perang diluluskan oleh British, termasuk
memperuntukkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British untuk meletakkan negeri
Melayu di bawah undang-undang tentera jika perlu.
(c) Kemakmuran ekonomi negeri Melayu dimanipulasi oleh British.
4
(d) Pendapatan hasil bijih timah dan getah digunakan untuk membiayai operasi
British dalam Perang Dunia Pertama.
PRAKTIS FORMATIF 3.2
1. Namakan empat negara baharu yang muncul selepas Perang Dunia Pertama.
2. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa Perang Dunia Pertama.
3.3 Perang Dunia Kedua
1. Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu:
(a) Eropah – di negara Eropah dan utara Afrika.
(b) Asia Pasifik – di Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Peperangan melibatkan dua pakatan, iaitu:
Pakatan Negara anggota
Kuasa Paksi Jerman, Itali dan Jepun
Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan
Kuasa Bersekutu Rusia
38
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 38 02/07/2021 4:18 PM

