Page 21 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 21

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan


                                Manfaat Masa Tingkat Hubungan Ibu Bapa dengan Anak
                Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kempen Stay Home, Stay Safe perlu dimanfaatkan
                oleh ibu bapa untuk meluangkan semaksimum ruang bersama anak.
                    Peluang ini perlu digunakan untuk membina sebanyak mungkin masa yang berkualiti
                bersama anak di rumah. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dengan anak bagi
                menambah kemesraan dalam hubungan. Tempoh ini bukan sahaja mewujudkan perhubungan
                yang lebih positif, malah dapat membina memori indah.
                    Ibu bapa boleh mengajar anak mengenai adab, khususnya menghormati orang yang lebih
                tua termasuk guru dan ahli keluarga lain. Selain itu, menerapkan nilai murni dan contoh
                akhlak yang baik juga perlu menjadi keutamaan.
                      (Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Masa Tingkat Hubungan Ibu Bapa, Anak”
                                             oleh Dr Norsayyidatina Che Rozubi, BH online, Mac 28, 2020)




             Pendahuluan          Banyak gejala sosial yang berlaku kini melibatkan golongan remaja.
             –  Ayat yang berkaitan   Remaja merupakan aset negara pada masa depan. Jika mereka terlibat
               dengan kata        dalam gejala sosial, sudah tentu mereka tidak dapat diharapkan untuk
               kunci dan bahan    menentukan hala tuju negara. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan
               rangsangan.
                                  peranan mereka terhadap anak-anak.
                                        Ibu bapa perlu memberikan pendidikan agama dan moral yang
                                   secukupnya kepada anak-anak. Pendidikan agama dapat dijadikan
                                   benteng pertahanan dalam diri anak-anak daripada terjebak dalam gejala
                                   sosial. Misalnya, ibu bapa menitikberatkan pendidikan al-Quran, ibadah
                                   solat, akhlak, dan keimanan kepada Tuhan. Anak-anak yang menerima
                                   pendidikan agama secara sistematik akan membesar dengan sempurna
                                   dan mempunyai hala tuju yang jelas.
                                        Selain itu, ibu bapa juga perlu menunjukkan sikap lebih prihatin
                                   dan  penyayang.  Kesibukan  ibu  bapa  dalam  kerjaya  menyebabkan
                                   masa bersama-sama dengan anak-anak semakin kurang. Ibu bapa perlu
             Isi-isi               meningkatkan komunikasi dengan sering menelefon anak-anak di rumah,
             –  Maklumat dalam     makan bersama-sama anak-anak, dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
               bahan rangsangan    anak-anak merasakan diri mereka disayangi. Ibu bapa menjadi watak
               diperluas.
                                   penting dalam membina kebahagiaan rumah tangga.
                                        Akhir sekali, ibu bapa perlu mengawal kegiatan anak-anak.
                                   Kegiatan anak-anak yang tidak dipantau menyebabkan mereka mudah
                                   terlibat dalam gejala sosial. Kegiatan-kegiatan tersebut termasuklah
                                   melepak, gengsterisme, penyalahgunaan dadah, dan melayari laman
                                   web lucah. Kawalan ibu bapa ini amat penting supaya anak-anak sedar
                                   akan batas-batas kegiatan mereka. Ibu bapa harus menjadi penyelamat
                                   kepada anak-anak mereka.
             Penutup                    Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
             –  Cadangan/
               Pandangan untuk     terhadap anak-anak. Gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini
               menyimpulkan idea.  perlu ditangani oleh ibu bapa sehabis daya. Bak kata orang “sediakan
                                   payung sebelum hujan”.
                                                                                 [242 patah perkataan]





                                                          3                         © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26