Page 18 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 18
Bahasa Melayu ting. 4 KSSm Tema 3 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah
TP
aSPeK tatabahaSa
SP 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.
Kenal pasti perkataan yang bercetak tebal. Cari maksud dan bina ayat menggunakan perkataan
tersebut. KBAT Menganalisis
KESAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS ALAM SEKITAR
Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi
akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan
menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan
sesetengah spesies hidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati.
Manakala, sesetengah spesies hidupan pula akan mula bermigrasi ke tempat lain.
Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan bersifat tidak menentu. Dalam hal ini,
banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat. Impaknya penduduk di
sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.
Selain itu, pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantaian makanan.
Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan. Pada tahun 2009, Malaysia
telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia, iaitu negara Brazil dan
India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak. Keadaan
ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga gula yang melambung tinggi.
1. pemanasan global
Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia berpunca daripada aktiviti pembangunan dan
perindustrian.
2. ekosistem
Kebakaran hutan di Sumatera Indonesia telah menjejaskan ekosistem di negara itu.
3. spesies
Terdapat pelbagai spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemui di hutan belantara
itu.
4. tidak menentu
Harga komoditi yang tidak menentu akhir-akhir ini telah menjejaskan pendapatan para petani
di seluruh dunia.
5. Melambung
Rakyat Malaysia berasa terkesan dengan kenaikan harga minyak yang melambung sejak akhir-
akhir ini.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12

