Page 19 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 19
SEMUA LATIHAN DALAM SETIAP BAB BERFORMAT SPM TERKINI
BAB 1 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 1 Karangan Berdasarkan Kombinasi Bahan Rangsangan
Rangsangan
Informasi tentang
keperluan peperiksaan
SPM terkini (mulai 2021)
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah / Masa
Bahagian A • Menulis karangan dengan menghuraikan pendapat berdasarkan 30 markah / 45 minit
[Kertas 1] kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan.
• Terdapat dua atau tiga jenis bahan rangsangan yang diberikan
berdasarkan satu isu/ tema.
• Kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan boleh terdiri daripada
gambar, gambar rajah, ilustrasi kartun, peta, pelan, iklan, poster, petikan
teks/ e-mel/ akhbar, puisi, catatan, dan sebagainya.
• Panjang karangan hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
1. Baca dan fahami arahan soalan. Kenal pasti tema atau isu yang dibincangkan
2. Teliti tajuk dan bahan-bahan rangsangan yang diberikan. Fahami isu yang dikemukakan.
3. Analisis bahan-bahan tersebut dengan kritis dan analitis agar dapat mengemukakan isi-isi
yang relevan dengan tema.
4. Sediakan rangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup secara ringkas.
5. Pendahuluan karangan hendaklah membincangkan isu secara umum dan ditulis dalam satu
perenggan, iaitu anggaran 20 patah perkataan sahaja.
6. Anda perlu menyatakan sekurang-kurangnya tiga isi. Susun isi mengikut kepentingan.
7. Huraikan isi dengan memberikan penjelasan berdasarkan sebab, cara, dan kesan. Isi juga
boleh dimantapkan dengan memberikan contoh yang sesuai.
8. Isi mestilah diolah dengan baik. Pastikan isi karangan disampaikan dengan bahasa yang
gramatis, penggunaan kosa kata yang luas, dan diselitkan dengan peribahasa yang sesuai.
9. Penutup mestilah padat dan dapat merumuskan tema yang dibincangkan. Penutup terdiri
daripada cadangan dan harapan terhadap isu yang dibincangkan.
10. Setelah siap, semaklah ejaan, tanda baca, dan struktur ayat dalam karangan.
1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

