Page 16 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 16

Bahasa Melayu  ting. 4 KSSm  Tema 3 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah


                                                                                             TP
                 Kemahiran membaca
            SP 2.2.1  Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer.

           Baca dan fahami petikan. Garisi maklumat yang terdapat dalam petikan. Berikan respons.
                                                                                       KBAT Menganalisis



              Setiap hari negara ini menghasilkan kira-kira 15 ribu tan sisa makanan hasil daripada pelbagai
              sumber  seperti restoran,  rumah-rumah  persendirian,  dan  hotel. Kajian yang dijalankan oleh
              Universiti Putra  Malaysia (UPM) menunjukkan sisa makanan ini masih dapat memberikan
              manfaat kepada kehidupan.
              Dalam bidang ternakan sisa makanan ini boleh diproses untuk dijadikan makanan haiwan seperti
              dedak organik. Selain itu, dalam bidang pertanian, sisa makanan ini turut diproses menjadi baja
              organik dan baja kompos. Sisa makanan juga boleh menjadi sumber daya tahan kelembapan
              kepada tumbuhan bagi mengimbangi suhu tanah dalam jangka masa yang panjang. Hasil kajian
              sains menemui sisa makanan dapat meningkatkan kualiti kesuburan tanah kerana terdapat
              bakteria baik dalam kandungan sisa makanan. Sisa makanan ini juga berupaya meneutralkan
              struktur tanah.
                     Sisa makanan ini juga boleh menjadi alternatif lain sebagai bahan api yang tidak tercemar.
              Bagi mencapai dasar inovasi negara, sisa makanan yang dihasilkan perlulah diuruskan dengan
              baik. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu berganding bahu untuk memupuk kesedaran masyarakat
              terhadap kitar semula sisa makanan.

                                        (Dipetik dan diubah suai daripada‘ Memanfaatkan Sisa Makanan’
                                      oleh Mohd Armi Abu Samah dan Sharifah Norkhadijah Syed Ismail,
                                                                   Dewan Masyarakat, Disember 2014)


                                               1.  boleh diproses untuk dijadikan makanan haiwan
              Apakah manfaat sisa makanan      2.  boleh diproses menjadi baja organik dan baja kompos
              kepada kehidupan?
                                               3.  boleh menjadi sumber daya tahan kelembapan kepada
                                                  tumbuhan
                                               4.  berupaya meneutralkan struktur tanah sihat
                                               5.  boleh menjadi alternatif lain sebagai bahan api



              Mengapakah kita perlu
              mengasingkan sisa makanan?       1.  Mengelakkan pembaziran  bahan yang boleh dikitar
                                                  semula

                                               2.  Mengurangkan pembuangan sisa pepejal
                                               3.  Menjimatkan kos pelupusan sampah
                                               4.  Kegagalan mengasingkan sisa merupakan satu kesalahan






           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               10
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21