Page 34 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 34

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 2 Karangan Esei


           Petikan  akhbar  di  atas  menyatakan  bahawa  terdapat  sampah  di  sesetengah kawasan  perumahan yang tidak
           dikutip mengikut jadual sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk setempat. Andaikan kawasan
           perumahan anda  mengalami  masalah  yang sama.  Sebagai  setiausaha  persatuan penduduk, anda  dikehendaki
           untuk menulis sepucuk  surat bagi mengadukan masalah  tersebut kepada pihak berkuasa tempatan di tempat
           anda.
           Tulis surat tersebut selengkapnya.   Domain: Awam

                                                                          P erkasa
                                                                          Perkasa KaranganKarangan
             Persatuan Penduduk Taman Kencana,
             No.16, Jalan Limau Bali 3,                                   1.  Surat kiriman rasmi bersifat
             Taman Kencana,                                                 formal dan mempunyai format
                                                                            yang khusus serta wajib dipatuhi.
             52800 Kuala Lumpur.                                          2.  Format dari segi letak alamat,
                                                                            tajuk surat, dan tandatangan
                                                                            hendaklah diletakkan di sebelah
             Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,                                  kiri, kecuali tarikh di sebelah
                                                                            kanan.
             Menara DBKL 1,                                               3.  Surat kiriman rasmi terdiri
             Jalan Raja Laut,                                               daripada surat undangan rasmi,
             50350 Kuala Lumpur.                   12 FeBRuaRi 2021.        surat rayuan, surat aduan, surat
                                                                            permohonan, surat cadangan,
                                                                            dan sebagainya.
             Tuan,                                                        4.  Surat kiriman rasmi hendaklah
                                                                            ditulis dengan bahasa baku dan
             Masalah Sampah Sarap yang Sering Tidak Dipungut                ayat yang ringkas tetapi padat.
                                                                          5.  Penggunaan bahasa kiasan
                                                                            dan peribahasa tidak digalakkan
             Merujuk perkara di atas, saya  aniq  ilham bin Muhammad        dalam penulisan surat kiriman
             ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang masalah          rasmi.
             sampah sarap yang sering tidak dipungut selama beberapa
             hari di kawasan tempat tinggal kami. Longgokan sampah sarap ini menimbulkan masalah yang
             pelbagai serta menggugat kesejahteraan penduduk.

             2.   Sampah sarap ini  menyebabkan pencemaran bau di sekitar taman perumahan.
             Penduduk terpaksa menghidu bau busuk yang datangnya daripada longgokan sampah
             tersebut. Kesannya, kegiatan harian penduduk terbantut dan aktiviti riadah juga tidak dapat
             dijalankan. Ketidakselesaan tersebut telah menjejaskan aktiviti penduduk. Pada masa yang
             sama, penduduk berasa tidak selesa untuk berada di rumah, terutama pada waktu makan
             sehingga ada yang memilih untuk makan di luar kerana tidak tahan akan bau busuk sampah
             sarap tersebut.

             3.   Sampah sarap yang sering tidak dipungut juga boleh mendatangkan penyakit. Hal
             ini demikian kerana, longgokan sampah boleh mengundang tikus dan lalat. Lalat yang
             berterbangan akan membawa kekotoran ke rumah-rumah lalu menyebarkan penyakit. Perkara
             ini akan menyebabkan kes keracunan makanan semakin meningkat.

             4.   Selain itu, longgokan sampah yang dibiarkan dan tidak dipungut selama beberapa hari
             juga mengakibatkan keselamatan penduduk terjejas. Hal ini demikian kerana, sampah sarap
             yang tidak dipungut mengundang anjing liar menghuni kawasan tersebut. Hal ini menyebabkan
             keselamatan penduduk terancam apabila melakukan aktiviti di luar rumah. Kanak-kanak juga
             tidak dapat keluar untuk bermain pada waktu petang.


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               22
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39