Page 78 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 78
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun
Bahan 2
MALAYSIA SEJAHTERA
Puji dan syukur pada Ilahi
AnugerahNya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia, sekata, sehati, sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami setia, kami sedia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia.
Lagu: Sejahtera Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata amat teruja. [2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh golongan belia
untuk membuktikan taat setia kepada negara? [4 markah]
(iii) Perpaduan kaum perlu dipelihara dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan menjaga perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat? [3 markah]
(iv) Semasa perhimpunan rasmi di sekolah berlangsung, terdapat beberapa orang rakan anda
yang berbual-bual dan tidak menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama.
Sebagai seorang murid yang berdisiplin, apakah tindakan yang boleh anda lakukan?
[4 markah]
157 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

