Page 73 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 73

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Pentaksiran Akhir Tahun


             4.
                                          Tingkatkan Kemahiran Seni Kulinari
                       Bidang kulinari ini memberikan  sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara.
                   Bidang kulinari semakin mendapat permintaan yang tinggi berikutan purata kedatangan
                   para pelancong ke Malaysia yang meningkat pada setiap tahun. Di samping itu, Malaysia
                   turut dilabel sebagai “syurga” makanan oleh para pelancong dari serata dunia kerana
                   mereka dapat merasai pelbagai makanan yang lazat di negara ini.




                Huraikan manfaat mempelajari kemahiran memasak dalam kalangan remaja.   Domain: Kerjaya






                                                     Kertas 2
                                             Dua jam tiga puluh minit
             1.  Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C.

             2.  Jawab semua soalan.
             3.  Jawapan bagi Bahagian B (Soalan 2) berdasarkan teks Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4.

                                BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
                                                Jawab semua soalan
                                                    [35 markah]


             1.  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
               membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda
               faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,
               atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.



                  Keadaan iklim semula jadi yang  panas dan lembap sepanjang tahun  mempengaruhi
              perkembangan industri  pelancongan di  negara kita. Iklim  ini amat digemari  oleh  pelancong
              asing, khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat.
              Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan
              hutan semula jadi, iaitu hutan hujan tropika menjadi tumpuan para pengkaji tempatan dan luar
              negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar merupakan
              aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri pelancongan tanah air turut dibantu
              oleh wujudnya keunikan  budaya di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk.
              Dalam hal ini, gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina, India, dan kaum bumiputera berjaya
              meningkatkan kunjungan para pelancong asing ke Malaysia.

                                      (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Tumpuan Pelancong”
                                                                  oleh Sofea Suhaimi, ˆ, Oktober 2015)




           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              152
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78