Page 76 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 76

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Pentaksiran Akhir Tahun

                                            BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
                                                      [35 markah]
                                              [Masa dicadangkan : 45 minit]

               6.  Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya
                  dengan menggunakan ayat anda sendiri.
             Bahan 1


                Industri pelancongan telah memberikan sumbangan yang ketara kepada ekonomi negara sejak
                pengenalan Program Transformasi Negara pada tahun 2010. Sektor pelancongan negara menjadi
                penyumbang keenam terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014.
                Pada tahun tersebut, industri pelancongan kita masih  mampu menarik sebanyak 27.44 juta
                pelancong dengan pendapatan berjumlah RM72 bilion.
                     Sejak pengenalan Program  Transformasi  Negara tersebut, industri pelancongan dapat
                memainkan  peranan dalam  membuka peluang baharu  bagi memperkenalkan Malaysia  ke
                persada dunia. Oleh itu, sewajarnya kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pelancongan
                Kementerian Pelancongan, Kesenian  dan  Kebudayaan Malaysia atas kempen promosi  yang
                agresif di luar negara.  Hasil daripada promosi tersebut, industri ini telah berjaya menampilkan
                keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara kita.  Selain itu, Sambutan Hari
                Pelancongan Sedunia 2015 pada 27 September dengan tema "1 Bilion Pelancong, 1 Bilion Peluang"
                telah berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian Wawasan
                2020.  Secara tidak langsung industri pelancongan mampu menarik pelaburan sebanyak RM19.4
                bilion dan mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

                                    (Dipetik dan diubah suai daripada "Sektor Pelancongan Beri Sumbangan
                                              Ketara kepada Ekonomi Negara" Berita Harian, Oktober 2015)



             Bahan 2


                           MALAYSIA DESTINASI TERBAIK PELANCONGAN PERUBATAN
                Pelancongan perubatan merupakan lawatan seseorang dari satu negara ke negara lain untuk tujuan
                rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang tidak mengetahui bahawa Malaysia ialah
                salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk mendapatkan rawatan. Pelbagai
                kemudahan perubatan yang disediakan dengan kos yang berpatutan menyebabkan  nama Malaysia
                meniti di bibir pelancong yang berhasrat untuk mendapatkan rawatan.
                     Kerajaan mula menitikberatkan pelancongan perubatan kerana peranannya mampu
                mempelbagaikan ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan
                Asia muncul pada 1997. Pada tahun 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia
                Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam mempromosikan
                dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC bekerjasama dengan
                pembekal perubatan dari Semenanjung Malaysia untuk membangkitkan  kesedaran terhadap
                perkhidmatan kesihatan Malaysia yang bertaraf dunia.

                      (Dipetik dan diubah suai daripada "Malaysia Destinasi Terbaik Pelancongan Perubatan",
                                                                            Mysoftinn.com, 17 May 2017)




                                                         155                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81