Page 75 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 75
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Pentaksiran Akhir Tahun
4. Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah ini dengan teliti. Kemudian, tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta,maka ia pun kembali pada tempatnya
pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku,patik
mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.
(Dipetik daripada petikan prosa tradisional “Kepimpinan Melalui Teladan”,
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia)
5. Dialog di bawah ini mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan
peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Pak Samad : Engkau ni Syahmel, burung terbang dipipiskan lada. Belum tentu lagi kerja di
Australia itu kamu dapat. Kenapa engkau sudah berhenti kerja di bandar ni?
Syahmel : Asalkan rajin berusaha sudah tentu kita akan mendapat hasilnya. Bukankah usaha
tangga kejayaan, Pak Samad? Saya sudah mendapatkan bantuan daripada agensi
pekerjaan untuk bekerja di luar negara. Mereka sudah mendapatkan pekerjaan
untuk saya.
Pak Samad : Kalau begitu Pak Samad doakan kau agar memperoleh pekerjaan yang baik
di Australia nanti. Bekerja di tempat orang memerlukan ketekunan. Segala
peraturan dan undang-undang mesti dipatuhi demi kebaikan. Engkau harus
pandai menyesuaikan diri di tempat orang, masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak. Jagalah diri engkau baik-baik.
Syahmel : Baiklah Pak Samad. Pesan Pak Samad itu akan sentiasa saya ingat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 154

