Page 10 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 10

Kimia Tingkatan 4  Bab 2 Jirim dan Struktur Atom

            3.0          79.0     Pepejal               3.0         80.0      Cecair dan pepejal
            3.5          80.0     Pepejal dan cecair    3.5         80.0      Cecair dan pepejal
            4.0          80.0     Pepejal dan cecair    4.0         80.0      Cecair dan pepejal
            4.5          80.0     Pepejal dan cecair    4.5         80.0      Cecair dan pepejal
            5.0          80.0     Pepejal dan cecair    5.0         80.0      Cecair dan pepejal
            5.5          80.0     Pepejal dan cecair    5.5         76.0      Pepejal
            6.0          80.0     Pepejal dan cecair    6.0         73.0      Pepejal
             Bab 6.5
                         83.0     Cecair                6.5         69.0      Pepejal                                                                                                                 Bab         Bab
  Bab
 2          7.0          86.0     Cecair                7.0         66.0      Pepejal                                                                                                                            2
            7.5          89.0     Cecair                7.5         64.0      Pepejal

       Perbincangan:
         1.  Graf suhu melawan masa diplotkan bagi pemanasan naftalena, seperti yang ditunjukkan dalam
            Rajah 2.7.

             Suhu (°C)

            90                                                         D
                                                                      x
                                                                  x
                                                              x
            80                          x   x  x   x   x   x
                                    x B                   C
                                x
                             x
            70           x
                     x
                  x
            60  x  A



            50                                                                    Masa (min)
              0      1.0    2.0    3.0     4.0    5.0     6.0    7.0     8.0
                                     Rajah 2.7 Lengkung pemanasan naftalena
         2.  Perhatikan bahawa terdapat bahagian tertentu lengkung itu di mana tiada perubahan suhu dengan
            masa semasa pemanasan.  Pada suhu ini, kedua-dua pepejal dan cecair wujud.  Suhu ini ialah
            takat lebur naftalena.  Maka, takat lebur naftalena ialah 80.0°C.
            (a)  Di titik A, naftalena wujud sebagai pepejal.
            (b) Apabila pepejal itu dipanaskan, tenaga haba diserap. Hal ini menyebabkan zarah-zarah itu
               memperoleh tenaga kinetik dan bergetar dengan lebih cepat.  Suhu itu meningkat dari titik A
               ke titik B.
            (c)  Di titik B, pepejal naftalena mula melebur. Semasa proses peleburan, suhu naftalena tidak
               meningkat walaupun pemanasan diteruskan. Suhu itu kekal malar kerana tenaga haba yang
               diserap oleh zarah-zarah digunakan untuk mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah agar
               pepejal itu dapat bertukar menjadi cecair.  Pada suhu ini, kedua-dua pepejal dan cecair hadir.
            (d) Di titik C, semua pepejal naftalena telah melebur.
            (e)  Dari titik C ke titik D, zarah-zarah dalam cecair naftalena menyerap tenaga haba dan bergerak
               dengan lebih cepat.  Suhu itu meningkat dari titik C ke titik D.



         16





 02 SPM KIMIA F4.indd   16                                                                    06/02/2020   10:15 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15