Page 6 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 6

Kimia Tingkatan 4  Bab 2 Jirim dan Struktur Atom

       2.1    Konsep Asas Jirim


        1.  Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
        2.  Jirim dapat dikelaskan kepada unsur dan sebatian.
        3.   Unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja.
        4.   Sebatian ialah bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur yang terikat bersama secara kimia.
        5.   Mengikut Teori Zarah Jirim, jirim terbina daripada zarah-zarah yang seni dan diskrit.
        6.   Zarah-zarah terdiri daripada atom, molekul atau ion.                                                                                                                                     Bab         Bab

             Bab
  Bab
 2                                            ZARAH                                                                                                                                                              2
                                              Atom
                        Ion                                             Molekul
                                       Zarah paling kecil dalam
                                           sesuatu unsur

                   Zarah bercas                              Satu kumpulan atom yang terikat
           - bercas positif atau bercas negatif                   bersama secara kimia

                                         Rajah 2.1  Pengelasan zarah

        7.  Jirim boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu unsur dan sebatian.


                         Unsur                   JIRIM                 Sebatian




              Atom                  Molekul                 Molekul                  Ion











            Aurum, Au             Gas oksigen, O 2          Air, H 2 O


                                                                                  Natrium klorida,
                                                                                     NaCl






           Gas argon, Ar            Sulfur, S 8       Gas karbon dioksida, CO 2

                                         Rajah 2.2 Pengelasan jirim




         12





 02 SPM KIMIA F4.indd   12                                                                    06/02/2020   10:15 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11