Page 11 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 11

Kimia Tingkatan 4  Bab 2 Jirim dan Struktur Atom

            3.  Graf suhu melawan masa diplotkan bagi penyejukan naftalena, seperti yang ditunjukkan dalam
              Rajah 2.8.
                Suhu (°C)

               90
                 xE
                     x
                        x      F                      G
               80           x   x  x   x   x   x  x   x
                                                          x
                                                              x                           Bab         Bab
 Bab
 Bab
 2             70                                                x                                    2
                                                                     x
                                                                         x
                                                                         H
               60

               50                                                                    Masa (min)
                 0      1.0    2.0    3.0     4.0    5.0     6.0    7.0     8.0
                                       Rajah 2.8 Lengkung penyejukan naftalena
            4.  Perhatikan bahawa terdapat bahagian tertentu lengkung itu di mana suhu adalah malar dengan
              masa semasa penyejukan. Pada suhu ini, kedua-dua pepejal dan cecair wujud. Suhu ini ialah
              takat beku naftalena. Maka, takat beku naftalena ialah 80.0°C.
              (a)  Di titik E, naftalena wujud sebagai cecair.
              (b) Apabila cecair itu disejukkan, zarah-zarah dalam cecair naftalena kehilangan tenaga kinetik.
                 Zarah-zarah itu bergerak dengan lebih perlahan apabila suhu menurun dari titik E ke titik F.
              (c)  Di titik F, cecair naftalena mula membeku. Semasa proses pembekuan, suhu naftalena kekal
                 malar kerana haba yang dihilangkan ke sekitar mengimbangi tenaga haba yang terbebas
                 apabila zarah-zarah itu menarik satu sama lain untuk membentuk pepejal. Pada suhu ini,
                 kedua-dua pepejal dan cecair hadir.
              (d) Di titik G, semua cecair naftalena telah membeku.
              (e)  Dari titik G ke titik H, zarah-zarah dalam pepejal naftalena membebaskan tenaga haba dan
                 bergetar dengan lebih perlahan. Suhu itu menurun dari titik G ke titik H.
            5.  Semasa pemanasan naftalena,
              (a)  kukus air digunakan sebagai ganti kepada pemanasan secara terus dengan penunu Bunsen.
                 Hal ini ialah untuk memastikan naftalena dipanaskan secara sekata. Tambahan pula, naftalena
                 mudah terbakar.
              (b) naftalena dikacau dengan berterusan untuk memastikan pemanasan yang sekata.
            6.  Semasa penyejukan naftalena,
              (a)  tabung didih yang mengandungi cecair naftalena diletakkan   Suhu (°C)
                 di dalam sebuah kelalang kon. Hal ini ialah untuk memastikan
                 proses penyejukan yang sekata dan untuk meminimumkan   Takat
                 kehilangan tenaga haba ke sekeliling.                  lebur
              (b) naftalena dikacau dengan berterusan untuk mengelakkan
                 penyejukan lampau. Penyejukan lampau ialah suatu keadaan                Masa (min)
                 di mana suhu sesuatu cecair yang sedang menyejuk menurun   Rajah 2.9 Penyejukan lampau
                 ke bawah takat beku normal tanpa kemunculan pepejal.
            7.  Kukus air digunakan dalam eksperimen ini kerana takat lebur naftalena adalah lebih rendah daripada
              100°C, suhu maksimum yang dapat dicapai oleh kukus air. Bagi pepejal yang takat leburnya lebih
              100°C, cecair yang takat didihnya lebih tinggi daripada air seperti minyak harus digunakan.

          Kesimpulan:
          Takat lebur naftalena sama dengan takat beku naftalena, iaitu 80.0°C.


                                                                                             17





 02 SPM KIMIA F4.indd   17                                                                    06/02/2020   10:15 AM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16