Page 7 - Focus SPM KSSM F4 2020 - Kimia
P. 7
Kimia Tingkatan 4 Bab 2 Jirim dan Struktur Atom
• Molekul yang mengandungi sejenis atom sahaja ialah molekul unsur.
• Molekul yang mengandungi dua atau lebih jenis atom berlainan ialah molekul sebatian.
• Sebatian yang terbentuk daripada atom-atom bukan logam kebiasaannya terdiri daripada zarah molekul.
• Sebatian yang terbentuk daripada gabungan atom logam dan atom bukan logam kebiasaannya terdiri
daripada zarah ion.
Keadaan Jirim
1. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.
2. Teori Kinetik Jirim digunakan untuk menghuraikan tiga keadaan jirim. Bab Bab
Bab
Bab
2 2
Keadaan jirim Pepejal Cecair Gas
Susunan
zarah-zarah
Pergerakan Zarah-zarah hanya dapat Zarah-zarah dapat bergetar, Zarah-zarah dapat bergetar,
zarah-zarah bergetar dan berputar pada berputar dan bergerak ke berputar dan bergerak bebas.
kedudukan yang tetap. seluruh cecair. Zarah-zarah Kadar perlanggaran adalah
berlanggar antara satu sama lebih tinggi daripada kadar
lain. perlanggaran dalam cecair.
Daya tarikan Terdapat daya tarikan di antara Zarah-zarah diikat oleh daya Terdapat daya tarikan di antara
di antara zarah-zarah yang sangat kuat. tarikan yang kuat tetapi lebih zarah-zarah yang sangat
zarah-zarah lemah daripada daya tarikan lemah.
dalam suatu pepejal.
Kandungan Kandungan tenaga yang Kandungan tenaga yang lebih Kandungan tenaga yang
tenaga zarah- rendah oleh kerana pergerakan tinggi oleh kerana zarah-zarah tertinggi oleh kerana
zarah yang terbatas. dapat bergerak dengan senang. pergerakan adalah rawak.
Bentuk dan • Pepejal mempunyai isi padu • Cecair mempunyai isi padu • Gas tidak mempunyai bentuk
isi padu dan bentuk yang tetap. yang tetap. Cecair tidak dan isi padu yang tetap.
• Pepejal tidak dapat mempunyai bentuk yang • Gas dapat dimampatkan
dimampatkan. tetap tetapi mengambil dengan senang.
bentuk bekas.
• Cecair tidak dapat
dimampatkan dengan
senang.
Rajah 2.3 Susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam ketiga-tiga keadaan jirim
Perubahan Keadaan Jirim
1. Perubahan keadaan jirim disebabkan oleh pemanasan atau penyejukan.
Penyejatan
• Apabila cecair dipanaskan, zarah memperoleh tenaga dan bergerak semakin cepat.
• Pemanasan selanjutnya akan memberikan lebih banyak tenaga kepada zarah sehingga zarah dapat mengatasi
daya tarikan antara zarah dan terlepas dari permukaan cecair.
• Pada ketika ini, cecair mula menjadi gas.
• Penyejatan berlaku pada semua suhu antara takat lebur dan takat didih.
13
02 SPM KIMIA F4.indd 13 06/02/2020 10:15 AM

