Page 21 - Focus SPM 2021 Biologi
P. 21
Biologi Bab 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
2. Minuman Penghidratan Semula
Minuman penghidratan semula atau Oral
Rehydration Salt (ORS) mengandungi garam,
gula dan air. Cecair dan garam mineral yang
hilang akibat cirit-birit dapat digantikan
dengan mengambil minuman ini. Tekanan
osmosis menjadi tinggi dengan kehadiran
garam dan gula di usus dan menyebabkan air
meresap masuk ke dalam aliran darah. Hal ini
mempercepatkan rehidrasi.
Rajah 3.21 Larutan saline yang dimasukkan
ke dalam badan pesakit secara drip
4
Tingkatan
Tingkatan
Liposom dalam Perubatan dan Kosmetik
Minuman penghidratan semula jadi
1. Liposom merupakan sfera mikroskopik
Rajah 3.20 Minuman penghidratan semula yang terdiri daripada dwilapisan fosfolipid
dengan ruang berisi akues di tengahnya.
Larutan Saline dalam Perubatan 2. Dalam bidang perubatan, liposom digunakan
1. Larutan saline merupakan larutan yang untuk membawa ubat-ubatan dan vaksin ke
terdiri daripada natrium klorida (garam) dan tisu sasaran di dalam badan.
air. Jenis larutan saline bergantung kepada 3. Liposom juga dikenal sebagai nanosfera.
nisbah natrium klorida terhadap air.
Dalam bidang kosmetik, liposom digunakan
2. Larutan saline yang mempunyai kepekatan untuk membawa bahan aktif dalam produk
yang sama dengan kepekatan darah boleh kosmetik ke lapisan kulit yang lebih dalam.
digunakan untuk merawat dehidrasi dan
ketidakseimbangan elektrolit dalam badan
secara suntikan intravena.
Kepala
3. Larutan saline juga digunakan sebagai ubat Nutrien hidrofilik
titis hidung, ubat titis mata, mencairkan
ubat dan membersihkan luka. Ekor
hidrofobik
Rajah 3.22 Liposom
Cuba Ini! 3.4
1. Konsep osmosis digunakan dalam pemprosesan makanan.
(a) Nyatakan kaedah pemprosesan makanan tersebut.
(b) Terangkan kebaikan dan keburukan kaedah yang dinyatakan di 1(a).
2. Kamal mendapati terdapat najis kucing di dalam pasu pokok bunga di rumahnya. Selepas dua hari, pokok tersebut
layu. Ibu Kamal menyiram pokok tersebut dengan air yang banyak. Wajarkan tindakan ibu Kamal.
46

