Page 18 - Focus SPM 2021 Biologi
P. 18
Biologi Bab 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
(a) Slaid A
• Sel segah. Molekul air meresap masuk secara osmosis ke dalam sel tumbuhan. Vakuol mengembang
dan sel menjadi segah.
(b) Slaid B
• Sel tumbuhan tidak mengalami perubahan. Molekul air meresap masuk dan keluar dari sel
tumbuhan secara osmosis.
(c) Slaid C
• Sel flasid. Plasmolisis berlaku. Molekul air meresap keluar dari sel tumbuhan secara osmosis.
Kesimpulan:
Hipotesis diterima. Sel tumbuhan menjadi segah dalam larutan hipotonik. Sel tumbuhan mengekalkan Tingkatan
bentuknya dalam larutan isotonik. Sel tumbuhan menjadi flasid dalam larutan hipertonik.
Tingkatan
Eksperimen 3.5
Eksperimen 2.1 4
Eksperimen 2.1
Tujuan: Menentukan kepekatan luar yang isotonik terhadap sap sel tumbuhan
Pernyataan masalah: Apakah kepekatan larutan luar yang isotonik dengan sap sel tumbuhan?
Hipotesis: Kepekatan larutan luar yang isotonik ialah kepekatan larutan sukrosa yang tidak mengubah
jisim tisu tumbuhan.
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan larutan sukrosa
Pemboleh ubah bergerak balas: Perubahan jisim ubi kentang
Pemboleh ubah dimalarkan: Panjang awal ubi kentang
Bahan dan radas: Ubi kentang, penebuk gabus, piring Petri, pisau, pembaris, jubin, forsep, bikar 50 ml,
silinder penyukat, neraca elektronik, kertas tisu, air suling, larutan sukrosa 0.1 M,
larutan sukrosa 0.2 M, larutan sukrosa 0.3 M, dan larutan sukrosa 0.4 M, larutan
sukrosa 0.5 M dan larutan sukrosa 0.6 M
Prosedur:
1. Labelkan tujuh piring Petri sebagai A, B, C, D, E, F dan G.
2. Isi setiap piring petri A, B, C, D, E, F dan G masing-masing dengan air suling, larutan sukrosa
0.1 M, larutan sukrosa 0.2 M, larutan sukrosa 0.3 M, larutan sukrosa 0.4 M, larutan sukrosa 0.5 M
dan larutan sukrosa 0.6 M.
3. Tebuk sebiji ubi kentang bersaiz besar menggunakan penebuk gabus untuk menyediakan tujuh
jalur ubi kentang yang mempunyai diameter yang sama.
4. Ukur dan potong setiap jalur kentang dengan panjang 5 cm.
5. Dengan menggunakan kertas tisu, lap setiap jalur kentang sehingga kering.
6. Timbang dan rekod jisim setiap jalur kentang.
7. Masukkan satu jalur kentang dalam setiap piring Petri.
8. Selepas 40 minit, keluarkan jalur kentang dan lap sehingga kering. Timbang dan rekod jisim setiap
jalur kentang (Rajah 3.17).
9. Rekodkan keadaan jalur kentang dalam jadual yang disediakan.
10. Kira peratus perubahan jisim jalur kentang dengan formula berikut:
Peratus perubahan = Jisim akhir jalur kentang – Jisim awal jalur kentang × 100%
jisim jalur kentang Jisim awal jalur kentang
11. Plotkan graf peratus perubahan jisim jalur kentang melawan kepekatan larutan sukrosa.
43

