Page 16 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 16

Rumah yang Tiada Sejarah

             suaminya. Dia sudah tidak sanggup melihat lelaki
             itu menghabiskan wang sesuka hati. Sebelum ini
             Nisha telah mengeluarkan semua wang simpanan
             dalam akaun simpanan kedua. Suaminya telah
             memintanya memindahkan simpanan wang gaji
             ke dalam akaun kedua itu dengan alasan akan
             menggunakan  wang  itu  untuk  keperluan  rumah
             tangga. Kad ATM pun disimpan suaminya.
                 Akan tetapi, semuanya bohong. Keperluan
             rumah semua ditanggung sendiri oleh Nisha.
             Suaminya bebas mengeluarkan wang dan
             membelanjakan wang itu sesuka hati, bukan
             untuk keperluan keluarga.
                 Sebelum lari dari rumah bersama-sama
             anaknya, Nisha telah mengeluarkan semua wang
             simpanan  dalam  akaun  itu.  Jongkong  emas
             milik suaminya yang disimpan di dalam peti
             keselamatan juga diambilnya. Nisha merasakan
             dia berhak mengambil barang-barang itu kerana
             semua hasil titik peluhnya. Mana mungkin dia
             lari dari rumah tanpa membawa apa-apa. Dia
             perlu memikirkan masa depan Yeewa. Walaupun
             wang simpanan selepas berkahwin dianggap
             sebagai harta sepencarian, tetapi Nisha merasakan
             bahawa itu tidak adil. Nisha yang bekerja keras
             menyara keluarga.  Suaminya yang sepatutnya
             melaksanakan  tanggungjawab  sebagai  ketua


                                  11







 Misteri Rumah Sebelah.indd   11                               3/10/17   8:14 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21