Page 20 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 20

Rumah yang Tiada Sejarah

             lahan. Setelah Yeewa tertidur, barulah Nisha dapat
             mandi dan bersiap untuk masuk tidur. Keletihan
             selepas seharian berkemas, dia perlu berehat.
                 Ketika Nisha membaringkan badan di sebelah
             anaknya, angin menderu masuk melalui tingkap,
             membuat bulu romanya meremang. Jika dibiarkan
             angin masuk semalaman, boleh selesema Yeewa
             nanti, fikir Nisha. Dia pun bangun lalu berjalan
             ke tingkap. Ketika dia menyelak langsir untuk
             menarik daun tingkap, matanya terpandang tingkap
             rumah jiran sebelah. Lampu di tingkat dua rumah
             itu masih terpasang. Walaupun langsir tingkap
             dilabuhkan, disebabkan langsirnya yang nipis, Nisha
             dapat melihat ruang di tingkat atas itu.
                 Nisha melihat ada orang berjalan di ruangan
             itu, dalam alunan lagu retro yang Nisha di rumah
             sebelah pun dapat mendengarnya. Lagu sedih
             yang mendayu-dayu, diiringi gesekan violin.


                 “Oh, sayangku. Mengapa kau menghilang?
                 Kita pernah bersama dan kini kusepi sendiri
                 Pelukanmu  masih  kunanti
                 Pulanglah,  sayang,  aku  merindui.”


                 Entah mengapa, Nisha berasa seram sejuk
             mendengar lagu itu. Matanya terus memandang
             ke arah rumah itu dengan perasaan ingin tahu.


                                  15







 Misteri Rumah Sebelah.indd   15                               3/10/17   8:14 AM
   15   16   17   18   19   20   21