Page 21 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 21
Misteri Rumah Sebelah
Kelihatan bayang-bayang orang bergerak gemalai
seperti sedang menari seorang diri.
Tiba-tiba bayang-bayang itu berhenti menari
dan berjalan ke arah tingkap, sebelum menyentap
langsir tingkap dengan kuat. Di depan Nisha
sekarang seorang perempuan bergaun pengantin
merenung tajam ke arahnya dengan pandangan
marah. Nisha yang tersentak, terus menarik
langsir tingkap biliknya. Jantungnya berdegup
kencang. Pelbagai persoalan bermain di fikiran.
Kenapa perempuan itu bergaun pengantin?
Gilakah dia? Atau dia sedang menanti hari
bahagianya dalam masa terdekat?
Nisha kembali merebahkan badan di katil di
samping anaknya. Seketika kemudian, dia tertidur
disebabkan keletihan.
Kicauan burung kedengaran dari luar, seperti
jam loceng semula jadi, menandakan hari yang
baharu. Nisha bangun lalu duduk menggeliat. Dia
menoleh ke sisinya.
Eh, mana Yeewa? Yeewa sudah tiada di
sebelahnya. Hanya tuala yang menyelimutinya
semalam bergumpal di hujung katil. Nisha turun
dari katilnya.
“Yeewa… Yeewa!” Mulutnya tidak berhenti-
henti memanggil anaknya.
Nisha berasa tidak sedap hati. Dia tidak
16
Misteri Rumah Sebelah.indd 16 3/10/17 8:14 AM

