Page 18 - NOVEL SERAM - MISTERI RUMAH SEBELAH
P. 18
Rumah yang Tiada Sejarah
Yeewa satu-satunya anaknya. Hartanya yang
paling berharga.
“Yeewa… kenapa tak bagi tahu mama Yeewa
nak turun? Tadi Yeewa tak dengar mama panggil
ke?” tanya Nisha bertubi-tubi.
Anak kecil itu hanya tersenyum.
“Dengar. Kan Yeewa dah jawab yang Yeewa
ada kat bawah? Mama tak dengar ke?” jawab
Yeewa sambil memeluk anak patung teddynya.
Agaknya disebabkan terkejut dan cemas
melihat Yeewa tiada, dia terlalu panik dan
tidak dapat mengawal perasaan sehingga tidak
mendengar suara Yeewa menyahut. Sering
terjadi apabila emosinya tidak stabil, Nisha kerap
mendengar suara-suara di telinganya sehingga
deringan telefon pun kadang-kadang tidak
didengarnya. Yeewalah yang akan mengejutkannya
dan menyedarkannya daripada lamunan apabila
ada panggilan telefon.
Tiada televisyen di rumah itu jadi Yeewa
mungkin cepat bosan. Semasa di rumah sendiri
dahulu, mereka akan menonton drama bersiri jam
8.00 malam. Walaupun drama bersiri itu sarat
dengan unsur hasad dengki dan berkisar tentang
kehidupan sehari-hari yang agak mengarut, Nisha
tidak melarang Yeewa untuk menonton bersama-
sama. Nisha bagaimanapun menjelaskan kepada
13
Misteri Rumah Sebelah.indd 13 3/10/17 8:14 AM

