Page 41 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 41
Geografi Tingkatan 3 Bab 1
PBD
PBD
PBD 1.5 Mentafsir Jadual, Graf Bar Mudah, Graf Garisan dan Graf Gabungan Buku Teks ms. 14-16
12. Tafsirkan data dan maklumat dalam jadual di bawah. SP 1.1.5 TP4
Jenis tanaman utama (mengikut peratus keluasan), Daerah Selama pada tahun 2018
Tanaman Peratus keluasan (%)
Getah 60
Kelapa sawit 25
Padi sawah 12
Tanaman lain (kelapa, nanas dan koko) 3
(a) Nyatakan tajuk jadual dan jenis tanaman yang ditunjukkan dalam jadual.
Jadual menunjukkan jenis tanaman utama di Daerah Selama pada tahun 2018, iaitu getah, kelapa sawit,
padi dan tanaman lain seperti kelapa, nanas dan koko.
(b) Senaraikan jenis tanaman yang paling utama, diikuti tanaman yang kedua dan tanaman seterusnya.
Nyatakan juga peratus keluasan bagi setiap jenis tanaman.
Jenis tanaman utama ialah getah yang melibatkan 60 peratus diikuti oleh kelapa sawit, iaitu 25 peratus,
padi seluas 12 peratus dan tanaman lain seperti kelapa, nanas dan koko seluas 3 peratus daripda jumlah
keluasan kawasan tanaman.
(c) Jelaskan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penanaman tanaman-tanaman tersebut di kawasan
Daerah Selama.
Tanah pamah yang rendah dan rata memudahkan aktiviti penanaman tanaman; melibatkan kos aktiviti
penanaman yang rendah.
Tanah beralun di lereng dan kaki bukit sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
Tanih aluvium di lembah sungai sesuai untuk pertumbuhan padi sawah.
Tanih laterit sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
Sistem saliran yang baik menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit.
Bekalan tenaga buruh /tenaga kerja yang banyak
(d) Rumusan
Getah merupakan tanaman utama di Daerah Selama dengan 60 peratus daripada keluasan kawasan
pertanian digunakan untuk penanaman getah. Tanaman lain yang diusahakan di Daerah Selama
termasuklah kelapa sawit, padi sawah, kelapa, nanas dan koko.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya berjaya:
• mentafsir jadual
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8
01 HYBRID PBD Geo Tg3_p1-15.indd 8 8/12/21 6:49 PM

