Page 42 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 42

Geografi  Tingkatan 3  Bab 1
                  13.  Tafsirkan jadual dan graf garisan mudah di bawah.     SP 1.1.5    TP4

                                         Kadar pertumbuhan penduduk (%) Malaysia, 1970 hingga 2019
                                               Tahun                          Kadar pertumbuhan (%)
                                                1970                                    3.9
                                                1980                                    2.3
                                                1991                                    2.6
                                                2000                                    2.6
                                                2010                                    2.1

                                                2019                                    0.6


                                                Kadar pertumbuhan penduduk (%) Malaysia, 1970 hingga 2019

                                        5


                                        4
                                      Peratus pertumbuhan (%)  3 2








                                        1

                                        0                                                               Tahun
                                        1970       1980       1991        2000       2010       2019

                     (a)  Nyatakan tajuk graf dan pola kadar pertumbuhan penduduk Malaysia dari tahun 1970 hingga 2019.
                         Graf garisan mudah menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia dari tahun 1970 hingga
                         tahun 2019. Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia menunjukkan trend menurun sejak tahun 1970.

                     (b)  Nyatakan kadar pertumbuhan penduduk yang paling besar dan paling kecil serta tahun.
                         Pada tahun 1970, kadar pertumbuhan penduduk ialah 3.9 peratus setahun, namun kadar pertumbuhan

                         penduduk pada tahun 2019 hanya 0.6 peratus.

                     (c)  Jelaskan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi kadar pertumbuhan penduduk Malaysia antara
                         tahun 1970 hingga tahun 2019.

                         Kadar pertumbuhan penduduk menurun kepada 2.3 peratus pada tahun 1980, tetapi meningkat
                         sebanyak 0.3 peratus pada tahun 1991 dan 2000. Namun, kadar itu terus menurun kepada 2.1 peratus
                         pada tahun 2010. Kadar pertumbuhan penduduk menurun kepada 0.6 peratus pada tahun 2019
                         mungkin kerana penurunan kadar kesuburan dan migrasi antarabangsa bersih. Faktor lain yang mungkin

                         menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun ialah penduduk umur tua meningkat,
                         penduduk bukan warganegara menurun dan ramai penduduk umur muda dan umur bekerja.

                     (d)  Rumusan
                         Kesimpulannya, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia semakin menurun disebabkan oleh faktor

                         kadar kesuburan dan migrasi penduduk.

                  Kriteria Kejayaan:  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
                Saya berjaya:
                •  mentafsir jadual dan graf garisan mudah

                                                                  9                                   © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         01 HYBRID PBD Geo Tg3_p1-15.indd   9                                                                       8/12/21   6:49 PM
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47