Page 43 - Hybrid PBD Geografi TG3_Edisi Guru
P. 43
Geografi Tingkatan 3 Bab 1
14. Tafsirkan data dan maklumat dalam graf gabungan mudah di bawah. SP 1.1.5 TP4
Pengeluaran dan harga petroleum mentah Negara X,
dari tahun 2013 hingga 2017
Pengeluaran Harga
(ribu tong) (RM setong)
400
300
1 250 200
100
1 000 0
750
500
250
0
2013 2014 2015 2016 2017
Tahun
(a) Nyatakan pola pengeluaran petroleum mentah dari tahun 2013 hingga tahun 2017.
Graf menunjukkan pengeluaran dan harga petroleum mentah di Negara X dari tahun 2013 hingga tahun
2017. Pengeluaran petroleum mentah menunjukkan peningkatan yang berterusan dari tahun 2013
hingga tahun 2017.
(b) Nyatakan nilai pengeluaran terbesar dan tahun, nilai pengeluaran terkecil dan tahun serta perbezaan
antara dua nilai berkenaan.
Pengeluaran petroleum mentah yang tertinggi ialah pada tahun 2017, iaitu sebanyak 1 150 ribu tong
manakala jumlah pengeluaran yang paling sedikit adalah pada tahun 2013, iaitu 800 ribu tong.
Peningkatan pengeluaran petroleum mentah dari tahun 2013 hingga tahun 2017 ialah 350 ribu tong.
(c) Jelaskan pola perubahan harga petroleum mentah dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Nyatakan harga
tertinggi dan harga terendah serta tahun. Nyatakan perbezaan antara dua nilai berkenaan.
Harga petroleum mentah pula tidak tetap, iaitu berubah-ubah dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Harga
petroleum mentah yang paling tinggi adalah pada tahun 2017, iaitu RM 340 setong manakala harga
yang paling rendah dialami pada tahun 2015, iaitu RM180 setong. Perbezaan antara harga yang paling
tinggi dengan harga paling rendah ialah RM160 setong.
(d) Rumusan.
Pengeluaran petroleum mentah meningkat berterusan dari tahun 2013 hingga tahun 2017. Manakala
harga petroleum dari tahun 2013 hingga tahun 2017 adalah tidak tetap.
Kriteria Kejayaan: . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Saya berjaya:
• mentafsir graf gabungan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
01 HYBRID PBD Geo Tg3_p1-15.indd 10 8/12/21 6:49 PM

