Page 47 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 47
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 2 Kerjasama Eratkan Hubungan
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Menulis
Halaman Buku Teks: 9
Standard Pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu bahan multimedia.
Bina dan tulis ayat untuk menyatakan pendapat berdasarkan bahan Nota
Panduan Menulis
GURU
yang diberikan. GURU Ulasan
GURU
GURU
Pertandingan Mencipta Jalur Gemilang daripada Bahan Terbuang Bersempena
dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara 2021
Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Angsana
Tarikh: 15 Ogos 2021
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Anjuran: Persatuan Penduduk Taman Angsana
Tujuan: Memupuk semangat mencintai negara dan patriotik dalam
kalangan kanak-kanak yang menetap di Taman Angsana
Kategori 1 : Kanak-kanak berumur 7, 8, dan 9 tahun Hadiah pertama setiap kategori: RM200
Kategori 2: Kanak-kanak berumur 10, 11, dan 12 tahun Hadiah kedua setiap kategori: RM150
Hadiah ketiga setiap kategori: RM100
Huzairi: Lihat poster ini. Komuniti Taman Angsana akan menganjurkan pertandingan mencipta
Jalur Gemilang daripada bahan terbuang.
Lok Yew: Kalau kita rujuk poster ini, berapakah jumlah wang tunai yang disediakan untuk semua
pemenang dalam pertandingan ini ?
Suresh: Jumlah wang tunai yang disediakan untuk semua pemenang dalam pertandingan ini
adalah sebanyak RM900.
Huzairi: Pada pendapat kamu, mengapakah semangat mencintai negara dan patriotik perlu
dipupuk dalam kalangan kanak-kanak?
Lok Yew: Pada pendapat saya, semangat mencintai negara dan patriotik perlu dipupuk dalam
kalangan kanak-kanak supaya semangat ini hidup sebati dalam diri mereka.
Suresh: Huzairi, sekiranya kamu menyertai pertandingan ini, apakah bahan yang akan kamu
gunakan? Nyatakan sebab kamu menggunakan bahan tersebut.
Huzairi: Saya akan menggunakan tempurung kelapa. Saya memilih bahan tersebut kerana
tempurung kelapa mudah diperoleh dalam kuantiti yang banyak dan tidak memerlukan
kos yang tinggi.
Tandatangan Guru: Tarikh:
7 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 7 16/08/2021 10:55 AM

