Page 50 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 50
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 3 Masyarakat Celik Ilmu
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Membaca
Halaman Buku Teks: 14 – 15
Standard Pembelajaran
2.1.2 Membaca dan merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan dan meneliti ejaan yang tepat mengikut
susunan perkataan.
Baca dan fahami petikan di bawah. Cari makna perkataan berhuruf tebal menggunakan kamus
atau media elektronik.
Mahasiswi kelainan upaya, Cik Kamilia Idham, 24 tahun, yang memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan akhir di Universiti Malaya telah dipilih sebagai penerima
Anugerah Dekan.
“Ejekan yang saya terima semasa kecil telah menjadi pembakar semangat saya
untuk berjaya. Saya amat berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberikan
dorongan kepada saya untuk terus berusaha meskipun saya pernah berputus asa atas
kekurangan diri ini. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu saya sehingga berjaya dalam peperiksaan dan menerima anugerah
tersebut,” kata Kamilia semasa diwawancara oleh wartawan selepas menerima anugerah
tersebut.
Kamilia yang rupawan ini sangat disenangi oleh teman-teman sekuliahnya kerana
dia seorang yang bertatasusila. Dia tidak putus-putus menerima ucapan tahniah dan
bergambar dengan rakan-rakannya.
Kamilia yang bercita-cita ingin menjadi usahawan berkata, individu lain yang
menghadapi situasi yang sama dengannya tidak perlulah berasa rendah diri dan jangan
cepat berputus asa. Bagi Kamilia, kecacatan bukanlah penghalang untuk berjaya dalam
hidup.
Perkataan Makna
1. mahasiswi penuntut perempuan di universiti
2. anugerah hadiah atau pemberian daripada pihak yang lebih tinggi
3. wartawan orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah
4. bertatasusila bersopan santun dan berbudi pekerti yang baik
5. usahawan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan
Tandatangan Guru: Tarikh:
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10
03 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 10 16/08/2021 10:56 AM

