Page 51 - Mahir PBD KSSR 2022 Thn 5 - Bahasa Melayu
P. 51
Bahasa Melayu Tahun 5 Unit 3 Masyarakat Celik Ilmu
Modul PBD Praktis DSKP TP
Kemahiran Menulis
Halaman Buku Teks: 16
Standard Pembelajaran
3.2.2 Menghasilkan jawapan dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif.
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Azrina menelefon Najwa untuk memberitahunya bahawa dia telah terbawa buku latihan Najwa,
iaitu Bahasa Melayu Penulisan pulang ke rumah.
Azrina: Hello. Saya kawan Najwa. Boleh saya bercakap dengannya?
Najwa: Kamu Azrina, bukan? Boleh saya bantu?
Azrina: Ya, saya Azrina. Begini. Kita telah tertukar buku latihan. Maklumlah waktu berkemas tadi
keadaan kelam-kabut kerana masing-masing hendak pulang cepat.
Najwa: Oh, tak perasan pula saya! Buku latihan yang mana satu, Azrina?
Azrina: Buku latihan Bahasa Melayu Penulisan. Saya menyedari kita tertukar buku itu apabila
saya hendak membuat latihan karangan temu ramah yang diberikan oleh Cikgu Azizi.
Najwa: Tentu buku kamu ada pada saya. Nanti saya periksa.
Arina: Kita mesti menyiapkan latihan penulisan tersebut dan menghantarnya pagi esok. Ibu
bapa saya pula tiada di rumah, jadi saya tidak dapat ke rumah kamu.
Najwa: Saya akan meminta pertolongan kakak saya untuk menemani saya ke rumah kamu
sebentar lagi. Nanti bolehlah kita bertukar-tukar idea tentang isi-isi karangan tersebut.
Arina: Baiklah. Pesan kepada kakak kamu supaya memandu kereta dengan berhati-hati. Pandu
cermat, jiwa selamat.
KBAT Menganalisis
KBAT
1. Apakah sifat Azrina sehingga dia cepat menyedari buku latihannya tertukar?
Azrina rajin kerana dia menyiapkan kerja sekolahnya dengan segera setelah pulang dari
sekolah. Dia kemudiannya menyedari buku latihannya tertukar.
2. Mengapakah Najwa ingin bertukar-tukar idea tentang isi-isi karangan yang diberikan oleh
Cikgu Azizi dengan Azrina?
Najwa ingin bertukar-tukar idea tentang isi-isi karangan yang diberikan oleh Cikgu Azizi
dengan Azrina supaya dapat menambahkan pemahamannya dan menulis karangan tersebut
dengan baik.
3. Senaraikan nilai yang terdapat dalam dialog.
(a) Kerajinan (c) Bantu-membantu
(b) Kerjasama (d) Berwaspada
Tandatangan Guru: Tarikh:
11 Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
03 PERFECT PBD BM T5 2P.indd 11 16/08/2021 10:56 AM

