Page 13 - PBD Plus BM T2 (EG)
P. 13
UNIT
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Unit 2
Tema 1: Kesihatan dan Kebersihan
2 Kebersihan Lambang
Keperibadian
Buku Teks ms. 7 – 13
Kemahiran Menulis
SP 3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah, dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.
Tulis makna perkataan dan rangkai kata yang berhuruf tebal dalam petikan dengan merujuk kamus.
Kemudian, bina ayat dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata tersebut.
Mandi amat digalakkan kepada kita kerana amalan ini dapat membersihkan badan daripada kotoran,
memberikan kesegaran, dan menghindarkan stres. Selain itu, mandi memainkan peranan penting dalam
meningkatkan sistem imun badan dan mengelakkan penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan
yang lain.
Terdapat kajian yang menyatakan air mandian suam dapat membuka liang-liang roma badan dan
membantu menghilangkan toksin. Mandi dengan air hangat pula dapat melegakan sakit otot dan membantu
usus berfungsi dengan baik. Bagi seseorang yang mengalami stres, mandi dengan air sejuk dapat membantu
mengurangkan masalah tersebut.
Namun begitu, terdapat anggapan bahawa mandi pada waktu malam akan mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan? Banyak orang mengatakan mandi pada waktu malam akan menyebabkan
seseorang mengalami pneumonia. Benarkah anggapan ini atau sekadar mitos sahaja?
Sebenarnya, amalan mandi pada waktu malam tidak memudaratkan kesihatan. Menurut pengamal
kesihatan, mandi pada waktu malam dapat merehatkan otot badan yang telah penat bekerja. Amalan ini juga
dapat membantu seseorang mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. Lebih-lebih lagi, bagi kita yang
tinggal di negara beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Kita digalakkan supaya mandi dengan lebih
kerap terutamanya jika sering terdedah kepada kekotoran dan kerap berpeluh.
1. kesegaran keadaan segar
Makna:
Ayat contoh: Suhu yang dingin dan nyaman di puncak gunung itu benar-benar
memberikan kesegaran kepada kami.
2. menghindarkan Makna: menjauhkan tekanan
stres Aktiviti berbasikal pada waktu pagi di kawasan tasik itu bukan sahaja
Ayat contoh:
dapat mencergaskan badan, tetapi juga menghindarkan stres.
3. toksin bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau
Makna:
mati yang dapat menyebabkan penyakit tertentu
Ayat contoh:
Orang ramai dinasihati supaya mengelakkan pengambilan makanan laut di kawasan
perairan tercemar kerana dikhuatiri mengandungi toksin.
4. melegakan Makna: menjadikan berkurang
Ayat contoh: Encik Hanif membeli ubat tahan sakit di sebuah farmasi berdekatan
dengan rumahnya bagi melegakan sakit lutut yang dialaminya.
5. mendatangkan Makna: membahayakan
kemudaratan Penjualan ubat-ubatan tiruan perlu dibanteras kerana penggunaannya
Ayat contoh:
dapat mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.
TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Unit 2.indd 3 14/11/2022 4:36 PM

