Page 14 - PBD Plus BM T2 (EG)
P. 14
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Unit 2
Aspek Tatabahasa
SP 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.
Teliti gambar yang ditunjukkan. Kemudian, berikan ulasan kamu tentang gambar tersebut dengan
Menilai
menggunakan kata ganti nama diri yang betul. KBAT
1. Saya tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu membawa
anak-anaknya makan di warung yang kotor. Sepatutnya, dia
mengambil berat tentang aspek kebersihan makanan. Tindakan
tersebut akan membahayakan kesihatan. Mereka berisiko untuk
mengalami keracunan makanan kerana makanan yang dimakan
telah tercemar.
saya dia mereka
2. Pernahkah kamu melakukan aktiviti seperti itu? Tindakan
remaja itu tidak wajar kerana mereka mempunyai risiko tinggi
diserang penyakit. Walaupun aktiviti seperti itu menyeronokkan,
tetapi kami tidak akan berbuat begitu. Aktiviti itu dapat
menyebabkan kami mendapat penyakit kulit.
kamu mereka kami
3. Adakah kalian suka memelihara kucing seperti saya? Jika ya,
kalian perlu rajin menjaga kebersihan haiwan tersebut. Sebagai
pencinta kucing, sudah pasti kita akan selalu bermain dengan
kucing kesayangan kita. Jangan contohi remaja yang ditunjukkan
dalam gambar itu. Dia tidak mengambil berat akan kebersihan
kucingnya dan membiarkan haiwan itu kotor dan berbau busuk.
kalian kita dia
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
Unit 2.indd 4 14/11/2022 4:36 PM

