Page 24 - Britannica 9 - Jirim
P. 24
Penyulingan berperingkat petroleum
Petroleum atau minyak mentah yang diperoleh dari telaga minyak merupakan satu campuran
hidrokarbon. Petroleum diasingkan kepada pecahannya melalui penyulingan berperingkat kerana
setiap pecahan mempunyai takat didih yang berbeza. Di dalam relau, petroleum dipanaskan hingga
bertukar menjadi wap. Kemudian, wap tersebut dipamkan ke dalam turus penyulingan berperingkat.
Wap panas itu menjadi sejuk dan bertukar kepada cecair apabila melalui turus tersebut. Pecahan
petroleum yang berbeza keluar daripada turus yang berbeza bergantung pada takat didihnya.
Pecahan gas petroleum cecair (LPG) keluar pada turus paling atas kerana takat didihnya paling rendah,
diikuti pecahan yang mempunyai takat didih yang tinggi terkondensasi di bahagian bawah turus.
Bahan api di rumah
Gas petroleum cecair (< 30°C)
Petrol (40 – 75°C)
Bahan api kereta
Kerosin (150 – 230°C)
Bahan api kapal terbang
Diesel (230 – 250°C)
Bahan api enjin diesel
Minyak bahan api (300 – 350°C)
Bahan api kapal
Bitumen (> 350°C) Bahan untuk menurap jalan
BritannicaV9_P56-P93_CH02_BM.indd 71 01/03/2019 7:14 AM

