Page 11 - Focus Visual SPM (2023) Sejarah
P. 11

Undang-undang

           Hukum Kanun Melaka
               Mengandungi 44 fasal berkaitan:
                Jenayah
                     Hukuman setimpal terhadap kesalahan seperti membunuh,
                     menikam dan mencuri.
                     Fasal 5.1–Dikenakan hukuman bunuh jika membunuh orang
                     lain tanpa pengetahuan sultan dan pembesar.
                     Fasal 4–Dihukum bunuh jika ingkar arahan dan
                     memalsukan titah sultan.
                Peranan sultan dan pembesar
                     Sultan dan pembesar mempunyai peranan dalam pentadbiran.
                                                                           tadbir
                                                                                 an.
                                                           anan dalam pen
                      ultan dan pembesar mempun
                     S
                                                     ai per
                                                    y
                     Fasal 1–Menjelaskan tugas Sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari.
                     Sultan berkuasa melantik Bendahara dan Temenggung.
                Kekeluargaan
                     Mewujudkan keharmonian dan menyelesaikan masalah keluarga.
                     Fasal 26–Menyatakan pernikahan perlu ada empat saksi, jika tiada memadai dua orang.
                     Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi pernikahan.
                Ekonomi
                     Mengawal perdagangan supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
                     Fasal 30–Riba diharamkan. Mereka yang menjalankan perniagaan mestilah akil baligh,
                     siuman dan perlu melafazkan akad jual beli.



           Undang-undang Laut Melaka
               Diusahakan oleh Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak.
               Diperkenan oleh Sultan Mahmud.
               Mengandungi perkara berkaitan:
                Peranan Nakhoda
                     Fasal 13.1–Nakhoda diberi keutamaan berniaga selama 4 hari.
                     Fasal 13.3–Nakhoda hendaklah bermesyuarat dan
                     mendapatkan persetujuan semua orang di dalam kapal jika
                     ingin singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan.
                Pelayaran
                     Menjelaskan peranan jurumudi, malim dan jurubatu.
                     Fasal 9–Malim harus arif dalam ilmu pelayaran seperti mengetahui keadaan ombak, arus
                     dan kedudukan bulan bintang agar pelayaran selamat. Jika malim lalai sehingga membawa
                     pelanggaran atau kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
                Jenayah
                     Menjelaskan hukuman terhadap perbuatan jenayah yang menggugat ketenteraman dan
                     keselamatan isi kapal seperti mencuri, membunuh dan memberontak.
                     Fasal 5–Individu yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan
                     dikenakan hukuman mati.
                Percukaian
                     Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran seperti cukai perjalanan dan hasil
                     perniagaan.
                     Fasal 6.3–Nakhoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang, iaitu 1/10 daripada
                     hasil penumpang jika ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan
                     atau tiga hari.




          4   Bab 1




   BAB 1.indd   4                                                                                                 19/07/2022   2:41 PM
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16