Page 14 - Focus Visual SPM (2023) Sejarah
P. 14
Jenis Kedaulatan
1 Kedaulatan tradisional
Wujud sejak tamadun awal manusia.
Pemerintahan berkuasa mutlak menguasai sepenuhnya segala
urusan negara.
Kedaulatan negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
Raja merupakan ketua pemerintah yang memiliki kuasa tertinggi dan
kedudukan baginda diperkukuh melalui taat setia rakyat.
2 Kedaulatan moden
Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa moden selepas
Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.
tan berk
Kedaulatan berkait dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.
ajaan berperlembagaan.
ait dengan hak r
a
aky
Kedaula
t dan ker
Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan
nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa
dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.
Kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara bangsa hasil gabungan negeri dalam
persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963.
3 Kedaulatan undang-undang
Bermaksud kerajaan dan rakyat terikat dengan undang-undang yang
perlu dipatuhi.
Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat dan menjadikan
negara aman, stabil dan makmur.
Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk
memelihara kedaulatan undang-undang.
Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat Rukun Negara.
4 Kedaulatan antarabangsa
Merujuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan prinsip
persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.
Keanggotaan Malaysia dalam PBB membuktikan dunia mengiktiraf
negara kita bebas, merdeka dan berdaulat.
Pada 17 September 1957, Dr. Ismail Abdul Rahman, Ismail Ali dan Tunku Ja’afar menghadiri
Perhimpunan Agung PBB ke-12 sewaktu Persekutuan Tanah Melayu diterima sebagai anggota
PBB ke-82.
Tips SPM Cabaran KBAT 1
Kedaulatan sesebuah negara berbeza mengikut sistem
pemerintahan yang diamalkan. Setiap negara berhak Pada pendapat anda, apakah
cabaran untuk mempertahankan
menentukan jenis kedaulatan yang diamalkan tanpa c abar an un tuk mempertahank an
campur tangan kuasa asing. kedaulatan negara?
112 Bab 1
BAB 1.indd 112 18/07/2022 1:45 PM

